Di antara adik-beradik Kardashian-Jenner, apa yang DIVA boleh katakan; Kendall Jenner seorang sahaja yang mempunyai daily beauty look yang effortless, cepat dan mudah dicontohi.
Menerusi video yang dikongsinya bersama Vogue, DIVA sangat tertarik dan mahu mencuba mekap sun-kissed yang ditunjukkan oleh Kendall. Tak perlu gunakan banyak barang dan teknik, cara Kendall ini rasanya kebanyakan orang ikuti.
Nak mekap ala-ala sun-kissed yang mudah, cepat dan jimat masa, intip apa yang dilakukan oleh Kendall di bawah;
Sebelum mekap, Kendall akan prep wajah menggunakan PCA Skin Daily Defense Mist untuk lembapkan kulit. Seterusnya pelembap, rose water dan sunscreen dipakai bagi menekankan tekstur dan membantu mencerahkan rupa semula jadi.
- Foto – Pinterest
Selepas selesai prep dan sebagainya, Kendall mulakan langkah pertama mekapnya dengan menggunakan foundation Face Fabric Second Skin Makeup daripada Giorgio Armani dan blend foundation menggunakan makeup sponge.
IKLAN
Face Fabric Second Skin Makeup Giorgio Armani memberikan light coverage dan tidak dapat menutup parut jerawat sepenuhnya. Tetapi ia boleh bantu kulit nampak licin dan konsisten sepanjang hari.
Kemudian Kendall menggunakan NARS Radiant Creamy Concealer untuk menutup bahagian yang diperlukan; bawah mata dan blemish. Untuk tambah dimensi pada wajah; Kendall gunakan bronzer stick daripada Kendall X Kylie Cosmetics.
- Foto – Pinterest
Bagi dapatkan kesan ala-ala sun-kissed di bahagian pipi, Kendall menambah cream blush daripada Blush Palette dan highlights Kendall X Kylie Cosmetics. Untuk lebih natural glow, Kendall tambahkan cream highlighter. Bahagian T-zone dan bawah mata pula disetkan dengan pressed powder.
- Foto – Pinterest
Manakala bahagian bibir, Kendall menggunakan Kendall Lip Crayon Set daripada Kylie Cosmetics yang dilapisi dengan Dior’s Lip Maximizer untuk nampak lebih glow dan mungil. Sebagai langkah terakhir, supermodel ini menggunakan Tatcha Luminous Dewy Skin Mist untuk kelembapan dan setkan mekapnya.
Mekap ala-ala sun-kissed Kendall Jenner sedia untuk dicuba!