Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Simone Ashley ‘Bridgerton’ Makin Murah Rezeki, Kian Galak Peraga Label Mewah

by Indah Aziz
July 10, 2022
Foto - Harper’s Bazaar

Foto - Harper’s Bazaar

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak puas menatap wajah manis dan jelita pelakon layar Bridgeton yang memegang watak ‘Kate Sharma’ ini. Biarpun Season 2 Bridgerton sudah lama melabuhkan tirai. Simone Ashley kian sibuk dengan pelbagai jemputan fesyen dan temuramah.

Umpama bulan jatuh ke riba, tubuh tinggi lampai Simone sering kali dijadikan hamparan pakaian fesyen-fesyen terkini label mewah. Kalau dilihat dari akaun Instagramnya tak ubah galak seorang model pula.

Sempat juga DIVA selidik beberapa jenama fesyen yang diperagakan oleh Simone. Mari lihat…

#1 Menghadiri pertunjukan fesyen Jacquemus Autumn/Winter 2022. Lengkap dengan slip dress dan beg tangan warna hijau lembut sedondon yang juga dari jenama Jacquemus. 

Foto – Instagram Simone Ashley

#2 Warna ungu tidak asing lagi dengan watak Kate Sharma yang dipegang Simone dalam Bridgeton. Simone kelihatan begitu ranggi dengan set kot kulit dan mini skirt terbelah dari Lanvin. 

Foto – Instagram Simone Ashley

#3 Well..well..well… Siapa sahaja berani menyarung set Prada corak melintang begini. Dipadankan pula bersama kasut dan rantai gaya hardware berwarna silver. 

Foto – Instagram Simone Ashley / Rebecca Corbin Murray

#4 Lagi sekali memilih Prada, kali ini menyarung mini dress hitam yang dihiasi kilauan labuci. Rambut Simone dikemaskan gaya pony tail dan cukup sekadar memakai subang. 

Foto – Instagram Simone Ashley

#5 Bertuah sungguh Simone memiliki warna kulit hitam manis. Lihat sahaja warna kuning mustard sheath dress Galvan London ini, kelihatan begitu cantik pada Simone. 

Foto – Instagram Simone Ashley / Rebecca Corbin Murray

#6 Seperti memakai sari, dress cut off atau one shoulder ini merupakan design khas AZ Factory untuk Simone! Rambut panjang mengurai melengkapkan lagi look seperti heroin Bollywood.

Foto – Instagram Simone Ashley

#7 Simone juga tidak ketinggan memilih warna pink Barbie yang dikatakan comeback trend pada tahun ini. Baju rekaan Valentino ini dengan layah dibelakang cukup padan Simone yang tinggi lampai. 

Foto – Instagram Simone Ashley / Rebecca Corbin Murray

#8 Simone tampil lagi dengan dress seksi Valentino koleksi Houte Couture. Sudah tentu warna ungu memang jadi pujaan Simone Ashley. 

Foto – Instagram Simone Ashley

#9 Terpesona melihat Simone umpama aktress 50-an dalam dress 16Arlington ketika menghadiri majlis gala Tiffany & Co. 

Foto – Instagram Simone Ashley

#10 Simone pilih Gucci untuk majlis debut Bridgerton musim kedua yang lalu. Bahagian lengan dan skirt labuh dipenuhi dengan renda. Short pants yang dikenakan dalam skirt jarang sengaja untuk mencuri aura seksi.

Foto – Instagram Simone Ashley / Rebecca Corbin Murray

DIVA ternanti-nanti projek baharu Simone Ashley. Harap bakat lakonan Simone tidak dibayangi oleh naskhah Bridgeton semata-mata.

FILED UNDER biodata simone ashleysiapa simone ashleysimone ashley bridgerton
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.