Kecantikan wanita Thailand cukup terkenal dengan kulit putih bersih dan sememangnya terhindar dari masalah kulit. Produk-produk kecantikan dan solekan dari sana turut popular di negara kita.
Malah seperti orang Korea, mereka juga gemar memakai solekan yang tipis dan kelihatan natural. Tatkala melihat wajah-wajah aktress terkemuka Thailand memang sukar nak mencari yang bermekap tebal.
Ini kerana mereka yakin, solekan yang ringkas lagi menyerlah kecantikan yang tersorok. Jadi, apa kata kali ini kita cuba praktiskan beberapa trik solekan orang Thailand yang DIVA sediakan dibawah;
#1 Base mekap yang ringan
Perempuan Siam amat suka kulit kelihatan dewy dan lembap. Jadi mereka lebih pilih base mekap dari BB cushion atau CC yang ringan pada kulit. Tak perlu pakai tebal pun, hanya sekadar menutup tompok cela atau kemerahan pada wajah.
#2 Biarkan bentuk kening semulajadi
Tak perlu trim berlebihan, hanya kemaskan kening dengan berus dan tambah sedikit pigment untuk kening terletak. Orang Thailand pun suka bentuk kening tegak dan lembut seperti Korea, supaya nampak muda remaja.
#3 Sapuan pembayang mata yang ringkas
Cuma guna satu rona pembayang mata yang disapu rata pada bahagian kelopak mata. Kemudian tambah light shimmer bagi mencipta ilusi mata yang galak.
IKLAN
#4 Tambah kilatan putih dibawah mata
Teknik ‘puffy eyebags’ Thai sedikit unik. Mereka berani meletakkan pembayang mata ‘shimer’ warna putih pada bawah mata. Trik ini mekap artis Thai percaya untuk memberi rupa yang muda keanak-anak seperti barbie doll.
#5 Teknik ‘drunk blush’
Trend solekan paling hits di Thailand iaitu ‘drunk blush’. Sapuan pemerah pipi dari atas tulang pipi dan sedikit bahagian batang hidung. Kononnya memberi warna kemerahan semulajadi dari kulit. Apa pun ia memang menjadi, solekan terlihat fresh sepanjang masa.
#6 Wajib contour tinggi
Bentuk muka yang bujur dan panjang ialah ideal kecantikan orang Thai. Jadi mereka gemar melakukan high contour dibahagian atas tulang pipi berbanding bawah. Ditambah pula face highlighter betul-betul antara mata dan tulang pipi.
#7 Warna gincu ombre
Sebagai pelengkap solekan young-fresh, olesan warna gincu pula disapu dengan dua rona berbeza. Warna ombre pada bibir boleh dihasilkan dari gincu terang sebagai base dan tambah gincu warna gelap pada bahagian dalam bibir. Siap!
Tak sangka semua teknik diatas sangat senang! DIVA yakin hasil mekap sebegini memang akan menaikkan seri awet muda dan paling penting terlihat flawless.
Selamat mencuba!