Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

#DIVAKongsi 8 ‘Hot Spot’ Untuk Kamu Yang Suka Glamping Di Sekitar Selangor!

by Soph.Azz
July 5, 2022
Foto - Tourism Selangor

Foto - Tourism Selangor

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Trend glamping ini sebenarnya sudah lama popular dan menjadi ikutan ramai; terutamanya mereka yang baru nak berjinak-jinak mahu mencuba aktiviti luar.

Glamping merupakan aktiviti perkhemahan moden, yang mempunyai sentuhan glam sepanjangnya.

Bagi pencinta alam sekitar dan kamu yang tengah mencari spot untuk glamping, DIVA kongsikan lapan lokasi di sekitar Selangor ini untuk kamu cuba glamping!

Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang 

Foto – Tourism Selangor

Rasai pengalaman ber-glamping dalam hutan tebal dengan taman yang indah, tasik dan pelbagai ciri alam semula jadi lain. Saranan DIVA untuk kamu yang nak berkhemah pada hujung minggu, pastikan tempah tapak sekurang-kurangnya dua minggu awal okay?

River & Glamp, Batu Caves 

Foto – Tourism Selangor

Terletak betul di tepian sungai di Negeri Selangor, tapak glamping ini mempunyai pakej yang menawarkan tiga hidangan pada penginapnya; sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam yang disajikan dalam suasana gaya glamping.

Dusun Bonda, Batang Kali 

Foto – Tourism Selangor

Tapak glamping dan perkhemahan yang disusun dalam dusun buah-buahan ini membolehkan para penginapnya menikmati air terjun dan kolam buatan. Ada juga pelbagai aktiviti yang menawarkan pengalaman menarik untuk penginap mencuba!

Skycamp By Rimba Segara, Hulu Langat 

Foto – Tourism Selangor

Sambil merasai suasana sungai dan air terjun di kawasan glamping ini, para penginap boleh membawa makanan sendiri untuk dimasak; kemudahan peti sejuk dan peralatan memasak termasuk gas disediakan. Kalau nak membeli, ada gerai makanan dan gerai buah-buahan dijual di sepanjang jalan tau!

IKLAN

The Sticks, Kuala Kubu Bharu 

Foto – Tourism Selangor

Resort eko yang dibina di atas tapak bekas lombong bijih timah ini menjana tenaga elektrik melalui tenaga suria dan memperoleh punca air daripada aliran tempatan. The Sticks mempunyai 12 rumah yang dipanggil tendok; dilengkapi dengan katil, selimut, kipas siling dan pemanas air.

The Hid3out, Batu Caves

Foto – Tourism Selangor

Terletak di Sungai Tua, Batu Caves, lokasi ini mempunyai pelbagai jenis kemudahan seperti tilam, tandas dan lain-lain perkhidmatan. Bukan itu saja, kamu juga boleh gunakan ruang BBQ untuk menyediakan makanan.

Alpine Camp, Hulu Langat

Foto – Tourism Selangor

Berlatar belakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam, Alpine Camp tawarkan lima khemah glamping yang setiap satunya boleh muatkan hingga 4 orang. Spot glamping ini juga tawarkan surau dan dewan makan.

Camp Out, Sunway Lagoon 

Foto – Tourism Selangor

Glamping pertama di taman tema, Camp Out menawarkan aktiviti perkhemahan yang dilengkapi dengan makan malam barbeku, ruang kolam renang peribadi dan peluang untuk tidur di tengah-tengah taman tema Sunway Lagoon.

Tips untuk cuba spot glamping, DIVA syorkan untuk kamu dapatkan dulu maklumat betul dan boleh dipercayai tentang pakej tawaran di setiap lokasi.

Untuk sebarang maklumat, kamu boleh layari [Tourism Selangor].

Tags: #pusingselangorduluglamping selangorTourism Selangor
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAKongsi 8 ‘Hot Spot’ Untuk Kamu Yang Suka Glamping Di Sekitar Selangor!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.