Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

#DIVAKongsi 7 Filem Netflix Yang ‘Light’, Sesuai Tonton Pada Raya Haji Nanti!

by Soph.Azz
July 4, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Selalunya sambutan Hari Raya Aidilfitri; atau sering disebut Hari Raya Haji ini tidak sama seperti Hari Raya Aidilfitri. Lebih relaks dan santai, kebanyakan orang akan berehat dan lakukan jamuan makan bersama ahli keluarga sahaja.

Untuk kamu yang tiada sebarang perancangan atau tak tahu nak buat apa Hari Raya Haji nanti; bolehlah kamu luangkan masa menonton filem menarik dan tak terlalu berat di Netflix.

Di bawah DIVA kompilasikan tujuh filem Netflix yang ‘light’, sesuai untuk kamu tonton bersama keluarga pada Hari Raya Haji nanti!

#1 I Know What You Did Last Raya 

Menjelang hari raya, lima individu yang berkawan sejak kecil lagi terlibat dalam sebuah kemalangan. Kemalangan tersebut melibatkan seorang lelaki tua dengan seekor kambing. Akibat cuba untuk menutup salah, mereka terpaksa menghadapi pelbagai akibat kesan daripada kemalangan itu.

#2 Kongsi Raya 

Jodoh dalam dunia kulinari, seorang cef berbangsa Cina mula jatuh cinta pada penerbit rancangan makanan televisyen yang berbangsa Melayu. Kedua-dua bapa mereka menghalang perhubungan tersebut hingga tercetus pula pertandingan memasak antara mereka.

#3 Duyung 

Duyung mengisahkan seorang pemuda bernama Jimmy yang mempunyai tabiat menjaga alam sekitar yang tidak diterima oleh penduduk kampung yang lain. Jimmy berkawan dengan Orix spesis kera. Diam-diam dia menyimpan perasaan terhadap Aspalela, anak Tok Mudim.

IKLAN

#4 The Accidental Detective 

Filem komedi yang dibintangi oleh Kwong Sang Woo dan Sung Dong Il; mengisahkan tentang seorang blogger peminat jenayah dan pegawai polis veteran bekerjasama membuktikan seorang detektif tidak bersalah atas tuduhan pembunuhan.

#5 Turning Red 

Mei Lee ialah seorang gadis berusia 13 tahun yang tersepit di antara menjadi anak perempuan yang taat pada ibunya dan keinginan pada usianya. Apabila dia menjadi terlalu teruja dengan kehidupannya, dia akan bertukar menjadi panda merah yang sangat besar!

#6 Red Notice 

Seorang ejen Interpol menjejaki pencuri seni yang paling dikehendaki di dunia dengan bantuan daripada rakan kongsi jenayahnya. Mereka alami kesukaran menangkapnya kerana pencuri tersebut sentiasa selangkah di hadapan.

#7 The Bad Guys: Reign of Chaos

 

Selepas pengangkutan banduan terbalik dan seorang banduan berbahaya melarikan diri; sebuah pasukan penyiasat khas yang terdiri daripada seorang detektif dan banduan lain dibentuk bagi menangkap semula banduan tersebut.

Nanti kongsikan dengan DIVA filem mana satu yang paling kamu suka!

Tags: filem hari raya hajifilem netflixhari raya hajiNetflix
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    #DIVAKongsi 7 Filem Netflix Yang ‘Light’, Sesuai Tonton Pada Raya Haji Nanti!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.