Kebelakangan ini trend ‘bleached brows’ iaitu mewarnakan kening dengan warna perang telah menjadi fenomena dalam dunia kecantikan. Daripada solekan pertunjukan fesyen hingga ke solekan harian, ternyata ramai yang tak mahu ketinggalan dan mula ikuti trend popular ini.
DIVA faham ada sesetengahnya mahu ikuti trend ini tetapi tak mahu warnakan kening mereka. Jangan risau ye, DIVA ada solusi untuk kamu yang mahu ikuti trend ‘bleached brows’ tanpa perlu dye!
Hanya dua langkah saja diperlukan untuk trend ini, baca entri di bawah;
- Menggunakan concealer kegemaran kamu, ambil concealer tersebut; calit atau sapu di atas tangan.
- Ambil berus kening; ‘celupkan’ ke dalam concealer di atas tangan kamu dan sikat di kening secara perlahan-lahan.
[Untuk pastikan concealer kekal dan tidak ‘berselerak’, DIVA syorkan untuk kamu gunakan gel kening selepas langkah (2) ye.]
Dipetik daripada Vogue, makeup artist Kevin Aucoin mendedahkan trend ini bukan sahaja menjadikan solekan kamu nampak lebih versatil; tetapi penampilan kamu akan nampak lebih lembut dan manis.
Jangan lupa untuk cuba trend ini ye!