Ajak keluarga dan sahabat handai ke MoMo’s Kuala Lumpur untuk berkelah, lagi meriah dan kamu tak perlu pening-pening nak buat persiapan. Hanya booking sahaja!
Mengambil alih tingkat satu hotel sosial pertama Kuala Lumpur, MoMo’s Kuala Lumpur, telah diubah menjadi ruang berkelah dengan bilik dihiasi tempat duduk lantai yang selesa dan khemah teepee untuk gambar yang sempurna, sangat ‘Instagrammable’.
- Foto – MoMo’s Kuala Lumpur
Untuk tempoh tiga jam yang ditetapkan antara 12 tengahari hingga 6 petang setiap hari, PICNIC di MoMo’s sesuai untuk hari lahir, ulang tahun dan majlis istimewa lain dengan pakej menu tersedia.
IKLAN
- Bundle “It’s a Date” untuk 2 pax bermula dari RM230 yang terdiri daripada 2 pilihan hidangan utama (burger/hot dog), 2 pilihan sisi (kentang goreng, ayam goreng, ayam popcorn berempah), 2 pilihan milkshake dan pilihan pencuci mulut.
- Bundle “Fiesta” yang disediakan untuk 4 pax bermula dari RM320 dan terdiri daripada 4 pilihan hidangan utama, 4 sisi, 4 pilihan milkshake dan pilihan pencuci mulut.
- Bundle “Count the Candles” yang merupakan tambahan RM120 terdiri daripada kek keju,, hiasan sepanduk segi tiga dan hiasan belon. Selain itu, tetamu boleh membeli bunga (tertakluk pada caj tambahan).
- Foto – MoMo’s Kuala Lumpur
- Foto – MoMo’s Kuala Lumpur
Pasangan, rakan dan keluarga kecil boleh menempah pengalaman menjamu selera di dalam bilik untuk percutian peribadi dan unik.
PICNIC di MoMo’s dilancarkan secara rasmi pada 1 Julai 2022 dengan bilik terhad yang tersedia, maksimum empat orang pada masa ini. Untuk info lanjut dan membuat tempahan, sila rujuk www.stayatmomos.com.