Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

#DIVAKongsi Rutin Senaman Ringkas ‘Catwoman’ Zoe Kravitz Untuk Kamu Tiru

by Indah Aziz
July 3, 2022
Foto - Teen Vogue

Foto - Teen Vogue

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Terlopong mulut bila melihat susuk tubuh genit Zoe Kravitz dalam filem The Batman baru-baru ini. Ukuran pinggang yang cukup ramping dan hampir tak percaya ketinggian Zoe hanyalah 157cm. Baju getah catwoman telah memberi ilusi Zoe nampak tinggi lampai.

Mesti ramai yang beranggap Zoe mengamalkan diet yang ketat sehingga menjadi kurus sebegini. Ternyata kita semua silap!

I was focused on being strong versus thin. It’s a physical part. I wanted to make sure it felt believable that she was physically capable of doing all the things she was doing.

Foto – Getty Images

Ya, Zoe mengambil langkah untuk memantapkan dari segi fizikal melalui senaman dan diet yang sihat. Lihat sahaja bentuk lengan dan kaki Zoe, nampak begitu solid. Malah, kulitnya juga berseri hasil dari diet bersih yang diamalkan.

DIVA kepilkan senaman yang boleh anda semua tambah dalam rutin pergerakan harian.

Plank

Senaman yang paling mudah dilakukan tapi agak sukar untuk mencapai matlamatnya. Plank sangat baik untuk menguatkan otot abdomen, tulang belakang dan membaiki postur badan. Anda boleh lakukan plank waktu pagi sebelum bersiap untuk ke pejabat.

Foto – Shape Magazine

Plank yang terbaik bila anda boleh menahan selama 60 saat! Tapi buat permulaan ini, lakukan selama 10 saat dan berhenti sebelum sambung semula. Hasilnya anda akan rasa bahagian otot lengan, bahu dan peha lebih kuat.

Superman holds

Sama seperti plank, namun Superman holds lebih membaiki bahagian pinggul serta sokongan tulang belakang. Ia juga bertujuan membantu mengurangkan risiko kecederaan belakang jika menjalankan aktiviti seperti membongkok dan mengangkat berat.

Foto – Openfit

Tak susah pun nak buat posisi Superman holds. Baring meniarap diatas tikar senam. Hembus nafas sambil anda mengangkat dua belah tangan dan kaki mengikut ketinggian yang anda selesa. Tahan selama 5 saat dan ulangi.

Kardio

Senaman kardio anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan minat masing-masing. Zoe Kravitz lebih senang melakukan kardo dengan berlari dan mendaki bukit.

Foto – Running Warehouse

Antara senaman kardio yang boleh anda lakukan ialah berenang, berbasikal, lompat tali atau sekadar berjalan kaki!

I was actually stronger and more healthy than I’ve been in a long time.

Nampaknya persiapan menjadi catwoman telah membantu Zoe Kravitz menjadi individu yang lebih bertanggungjawab pada kesihatan dirinya.

Tidak ramai tahu, Zoe pernah bergelut dengan masalah pemakanan sehingga membawa ke lembah dunia bulimia dan aneroxia.

Foto – Los Angeles Times

Jadi ini adalah satu pencapaian yang terbaik dalam hidup Zoe Kravitz. Bukan sahaja keluar dari isu fizikal dan pemakanan, kini turut telah memegang role besar dalam kerjayanya.

Diharap ini boleh menjadi contoh dan inspirasi buat pembaca DIVA. Selamat bersenam!

FILED UNDER berat badan zoe kravitzsenaman zoe kravitzzoe kravitz catwoman
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.