Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Takut Kulit Kendur? Ini Sebab Kamu Kena Kurangkan Minum Manis

by Indah Aziz
July 2, 2022
36
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Minuman manis bukan sahaja menyegarkan, malah mudah didapati di mana sahaja. Gerai penjaja, kafe kopi hipster dan boleh sedia sahaja di rumah.

Seperti yang kita tahu pengambilan minuman manis boleh menjejaskan kesihatan jika tidak dikawal. Takut bukan bila dengar diabetes, darah tinggi atau berat badan meningkat. Itu kalau dah jadikan minum manis sebagai lifestyle.

Tanpa kita sedar gula turut memberi kesan pada kecantikan kulit. Jika kulit anda tetap kendur, tidak berseri cuba periksa adakah ada kaitan dengan pemakanan anda?

Mari lihat apa kesan gula buat pada kulit…

Sel kulit lambat pulih

Kadar gula yang lebih tinggi dalam darah boleh menyebabkan keradangan yang berterusan di dalam badan. Kesannya sel kulit anda lambat pulih dan terus berlaku iritasi. Sebagai contoh, masalah ekzema, psoriasis atau rosacea boleh jadi lebih buruk.

Foto – Lexli Skin Care

Penuaan cepat berlaku

Paling digeruni apabila kesan kedut, kulit kendur dan kusam berlaku awal dari usia. Kekuatan kolagen asli dalam kulit putus akibat pengambilan gula yang tiada had. Kolagen kulit yang hilang sekaligus memberi kesan kepada keanjalan kulit.

IKLAN

Foto – WebMD

Jerawat tumbuh berterusan

Agaknya kenapa jerawat asyik tumbuh biarpun dan berkali-kali buat rawatan? Jawapannya ialah gula dalam diet harian anda. Punca dari keradangan yang berterusan menyebabkan sel kulit tidak dapat menumpukan untuk memperbaiki kulit. Malah sebum kulit lebih banyak menghasilkan minyak muka dan akhirnya boleh membawa kepada bintik hitam, bintik putih, jerawat dan zits.

Foto – Medical News Today

Sememangnya kita tidak dapat lari dari gula atau minuman manis dalam kehidupan seharian. Namun apa yang perlu ditegaskan disini ialah, cuba kurangkan minuman manis gantikan dengan air kosong.

Banyakkan makan buah-buahan sebagai pemanis semulajadi.

Ramai yang kadang menyalahkan produk atau bahan kecantikan yang tidakk berkesan pada kulit. Tapi lupa tentang pemakanan juga mendorong untuk mendapatkan kulit dan tubuh yang sihat.

Foto – Foodiesfeed

DIVA berharap ramai yang ambil peduli tentang pengambilan minuman manis. Bukan sahaja tentang kecantikan kulit tapi untuk kesihatan diri secara menyeluruh.

Jaga diri semua!

Tags: kesan gula pada kulitkesan minum manispunca kulit kendur
Share14SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Takut Kulit Kendur? Ini Sebab Kamu Kena Kurangkan Minum Manis

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.