Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Beg Bottega Veneta Muncul Semula, Tapi Kenapa Sekarang Baru Popular?

by Indah Aziz
July 3, 2022
Foto - Purse Blog

Foto - Purse Blog

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sepanjang musim fesyen bunga dan panas berlalu sekitar dua tahun yang lalu sehingga kini. Masih tak putus orang membawa beg kulit sulam yang pada mulanya tiada siapa tahu jenama ataupun terlihat monogram logo pada beg tersebut.

Rupanya ia sebuah jenama beg mewah Itali, Bottega Veneta yang kembali aktif dalam dunia fesyen sejak 2018. Gaya anyaman pada beg ini mula mencipta keunikan tersendiri, tidak seperti beg jenama yang lain yang hanya tertumpu pada bentuk rekaan dan bertatahkan ukiran nama mahal.

Siapa Bottega Veneta?

Nama ini bukanlah nama pengasas tapi ia hanya bermaksud ‘Kedai Itali’ di dalam bahasa Itali. Bottega Veneta merupakan hasil kerjasama dua usahawan, Michele Tadei dan Renzo Zengiaro. Ditubuhkan pada tahun 1966 di Vicenza dan pada tahun yang sama terus diangkat menjadi label rumah fesyen mewah bertapak di Milan.

Foto – Vogue

Tak perlu logo, ikon monogram atau simbol jenama. Bottega Veneta cukup dikenali dengan rekaan anyaman pada setiap beg tangan mereka. Tak kira samada pada beg jerut, beg kecil atau beg tote semuanya menggunakan teknik rekaan yang sama.

Pasang surut Bottega Veneta…

Bottega Veneta semakin mendapat tempat di fesyen antarabangsa selepas Andy Warhol membikin filem pendek tentang jenama ini pada tahun 1980. Hasilnya lebih ramai peminat fesyen mula menjejakkan kaki ke butik mereka di New York.

Foto – Pure Style Edition

Namun setelah hampir sedekad, Bottega Veneta mula hilang pengaruh estetika dalam dunia fesyen. Bila ramai yang mula mengalih perhatian kepada label fesyen mewah yang mempunyai lebih banyak konsep sofistikated.

Pada awal tahun 2000 bersama pereka fesyen Giles Deacon dan Thomas Maier, Bottega Veneta cuba kembali dengan memperkemaskan barisan dengan koleksi ready-to-wear. Kesannya ia kembali mengikat semula Bottega Veneta di pentas peragaan.

Foto – Scanned Fashion World

Kemudian, Bottega Veneta mula diambil alih oleh Gucci Group sebagai cabang baru untuk memperluaskan lagi nama jenama ini. Bukan sekadar beg lagi, kaca mata, minyak wangi dan aksesori perhiasan turut dihasilkan oleh Bottega Veneta.

IKLAN

Kenapa sekarang baru popular? 

Kita semua harus berterima kasih kepada Daniel Lee yakni Pengarah Kreatif Bottega Veneta sejak Jun 2018 sehingga November 2021. Dia membawa era baharu Bottega Veneta dengan memperkenalkan beg clutch Pouch yang telah menjadi fenomena.

Foto – W Magazine / The Fashion Bomb

Ia sebuah beg yang unik dimana mengekalkan tradisi anyaman Bottega Veneta tetapi diletakkan pada rekaan beg yang lebih moden. Jangan terkejut, clutch Pouch ini telah memecahkan sejarah menjadi beg bestseller mereka!

Foto – Cosmopolitan

Pada tahun 2020 juga, Bottega Veneta tetap menerima belian sehingga 21% jualan jenama ini meningkat saban tahun walaupun dunia dilanda pandemik.

Tiada media sosial

Daniel Lee mengambil keputusan untuk mengeluarkan Bottega Veneta dari gelembung media sosial. Ini merupakan taktik untuk jenama ini menghasilkan pemasaran menggunakan influencer supaya ia dapat memberi content yang lebih asli.

Foto – Hypebae

Pengarah Kreatif jenama ini terus berhasrat untuk menumpukan pada reka bentuk yang ringkas dan bersahaja. Tak perlu logo dan sebagainya.

Foto – Fashionista

Buat anda yang tak suka beg tangan penuh dengan monogram berjenama atau logo. Bottega Veneta pilihan yang terbaik kerana ia kaya dengan hasil kreatif dan beg tangan yang dibuat secara handmade.

Layari bottegaveneta.com untuk melihat pelbagai koleksi beg dan fesyen. Selamat membeli-belah!

Tags: beg bottega venetabottega veneta malaysiasiapa bottega veneta
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Beg Bottega Veneta Muncul Semula, Tapi Kenapa Sekarang Baru Popular?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.