Bila mencari produk yang sesuai, kita akan cenderung untuk memilih produk berdasarkan bahan kandungannya. Dan ketika ini, kebanyakan produk skincare mengandungi bahan popular iaitu retinol.
Walaupun retinol sangat berkesan dan berkuasa dalam merawat masalah kulit; jerawat hingga penuaan, tetapi ada beberapa jenis kulit tidak sesuai untuk gunakannya dalam rutin mereka.
Sebagai pengganti kepada retinol, bakuchiol diperkenalkan dan menjadi alternatif bagi mereka yang tidak sesuai menggunakan retinol. Alternatif ini dikatakan mempunyai kesan sampingan yang minimum dan bahannya lebih semula jadi.
Nak tahu lebih lanjut tentang bahan alternatif ini, DIVA kumpulkan beberapa penjelasan daripada pakar dermatologi untuk kamu. Baca di bawah;
Kenali Bakuchiol, Alternatif Kepada Retinol
Kalau kamu nak tahu, bakuchiol diperbuat daripada ekstrak daun dan biji bunga Babchi. Di India, bunga ini dipanggil sebagai ‘bunga ungu’.
Mengandungi bahan antioksidan yang kuat, bakuchiol dapat menangani beberapa masalah kulit. Antaranya adalah mengurangkan perubahan warna kulit, memberikan kesan menenangkan yang ketara, meminimumkan garis halus dan kedutan pada wajah.
- Foto – Pinterest
Bukan itu saja, bakuchiol juga tidak berikan kesan sampingan seperti kita gunakan retinol iaitu iritasi, kemerahan, kekeringan, kulit mengelupas dan sensitif terhadap cahaya matahari.
Adakah Bakuchiol Berfungsi Sama Seperti Retinol?
Berdasarkan kajian yang dibuat, bakuchiol mempunyai pelbagai manfaat pada kulit; jerawat dan anti penuaan. Bahan ini boleh merawat masalah jerawat, mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan, menghaluskan tekstur kulit serta menyekatakan tona kulit.
IKLAN
- Foto – Pinterest
Bagi mereka yang memiliki kulit sensitif, bakuchiol merupakan bahan alternatif retinol yang terbaik, memandangkan ia sangat membantu dalam menenangkan kulit yang mudah iritasi.
Tetapi kalau dipadankan dengan retinol, bakuchiol boleh bantu stabilkan dan pastikan ia berkesan lebih mana. Bukan itu saja, bakuchiol juga berupaya untuk membolehkan kulit menerima retinol dalam jumlah konsentrasi yang tinggi.
Ada Tak Kesan Sampingannya?
Walaupun tiada kajian tetap dijalankan terhadap bakuchiol tetapi menurut Nazarian asalkan ia bukan retinol, bakuchiol berpotensi selamat untuk kehamilan dan penyusuan.
- Foto – Pinterest
Better be safe than sorry, DIVA syorkan untuk kamu yang hamil atau menyusukan bayi tunggu dan lihat kajian mengenai bakuchiol untuk pastikan ia selamat atau tidak. Jika tetap mahu gunakan, dapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor kamu dulu okay?
Petua Gunakan Bakuchiol Dalam Rutin Harian
Buat yang pertama kali nak gunakan bakuchiol, guna sebanyak 1-2 kali sehari selepas mencuci, toning atau leave-on AHA/BHA exfoliate. Kalau produk bakuchiol kamu adalah serum, sapukan sebelum pelembap; dan kalau pelembap, sapukan selepas serum. Jika gunakan minyak bakuchiol, DIVA cadangkan guna pada waktu malam lebih sesuai.
Antara bahan bakuchiol dalam produk skincare;
BYBI BEAUTY Bakuchiol Booster [BELI]
- Foto – Sephora
BIOSSANCE Squalane + Phyto-Retinol Serum [BELI]
- Foto – BIOSSANCE
OLEHENRIKSEN Goodnight Glow Retin-ALT Sleeping Crème [BELI]
- Foto – OLEHENRIKSEN
WISHFUL Eye Lift & Contour 1% Bakcuhiol & Peptide Serum [BELI]
- Foto – Sephora
Selamat mencuba!