Ada yang tengah merancang untuk bercuti dalam masa terdekat ke?
Sambil kemas bagasi, cari pasport, padankan baju-baju dalam almari dengan koleksi aksesori; adakah kamu sudah mempunyai satu item yang sangat penting iaitu kaca mata untuk dipakai semasa percutian?
Sekiranya tiada, mari DIVA kongsikan beberapa kaca mata yang sesuai dan perfect daripada Luxottica yang boleh jadikan kamu si traveler yang fashionista!
Untuk Si Adrenaline Junkie…
Apabila si adrenaline junkie bercuti sudah semestinya percutiannya dipenuhi dengan aktiviti sukan ekstrem; wakeboarding, meluncur, wall climbing dan sebagainya.
IKLAN
- Foto – Luxottica
Untuk lakukan sukan ekstrem, kamu memerlukan bingkai acetate yang kukuh dan boleh ditanggalkan. Shield lenses bertujuan untuk lindungi mata manakala tinted lenses menjamin keselesaan mata ketika melihat persekitaran.
Khas Untuk Penggemar Kota-Kota Besar
‘Less is more‘- Sambil menelusuri kota-kota besar yang penuh dengan sejarah atau tepian pantai, DIVA syorkan kaca mata yang klasik dan minimalis.
- Foto – Luxottica
Eksklusif Bagi Si Pencinta Cabaran
Untuk si pencinta cabaran, mulakan pengembaraan tropik kamu dengan kaca mata yang diilhamkan oleh alam semula jadi. Camo dan cetakan haiwan dalam rona coklat dan hijau menggambarkan hutan belantara, merujuk kepada Jumanji atau Tomb Rider.
- Foto – Luxottica
Selamat membeli-belah dan happy holiday!