Kehamilan merupakan satu perjalanan bagaikan rollercoaster, dipenuhi dengan keterujaan, detik-detik kebimbangan, temu janji doktor, sehingga ke perubahan fizikal. Paling ketara untuk perubahan fizikal adalah stretch mark yang boleh menyebabkan seseorang ibu tertekan.
Jadi, bagaimana cara untuk menghilangkan stretch mark? Di sinilah Mustela membantu kamu dengan rangkaian produk serba ringkas untuk para ibu melalui kehamilan dengan baik.
Selama lebih 70 tahun, komitmen Mustela mencipta penyelesaian semula jadi kepada beberapa isu kulit yang paling dominan yang melanda ibu dan bayi melalui penjagaan kulit berasaskan sains.
Mereka telah membangunkan produk berpaten yang berkesan di makmal mereka daripada sumber molekul semula jadi avocado peptide, sunflower oil distillate, dan laboratory-purified galactoarabinan (natural polysaccharide), sesuai untuk kulit yang paling sensitif.
Mustela mengetengahkan 3 rutin ringkas khusus untuk setiap trimester dan penyusuan. Dirumus dengan minyak avocado yang dipatenkan, minyak maracuja dan minyak zaitun, rangkaian ini direka untuk menyubur, melembap dan memulih kulit, menjadikannya lebih licin dan gebu.
IKLAN
Mustela Stretch Marks Cream 150ml RM115, 250ml RM145
- Foto – Mustela
Krim tidak berminyak tidak melekit ini memberikan keselesaan dan penghidratan kepada kulit, sesuai untuk trimester pertama. Minyak avocado dan peptide yang dipatenkan menyubur dan menguatkan penghalang kulit manakala minyak maracuja menjadikan kulit anjal membantu mengehadkan penampilan stretch mark.
Mustela Stretch Marks Oil, RM85
- Foto – Mustela
Adakah perut kamu gatal semasa ia mengembang semasa trimester kedua? Minyak ini adalar satu lagi pilihan untuk ibu hamil, ia kaya tetapi ringan dalam konsistensi dan meresap ke dalam kulit dengan cepat. Dirumus dengan minyak bunga matahari semulajadi dan vitamin E, minyak ini kaya dengan asid lemak yang memberikan penghidratan optimum kepada kulit.
Mustela Stretch Marks Serum, RM90
- Foto – Mustela
Rawat kulit dengan serum yang dirumus dengan minyak maracuja dan hyaluronic acid, untuk menyasarkan kesan regangan semasa hamil dan selepas bersalin. Serum yang dipatenkan ini memberikan penghidratan untuk memperbaiki penampilan stretch mark, mendapatkan semula keanjalan kulit.
Rangkaian Mustela boleh didapati di Shopee, Lazada, Watsons, farmasi terpilih dan gedung serbaneka.