Suka betul kalau setiap sudut rumah terlihat cantik dan mudah dijadikan sebagai tempat bergambar. Kalau hendak bergambar keluarga, ootd atau sekadar untuk update story di Instagram memang terasa puas!
Malah mood sepanjang berada di rumah sendiri juga lebih tenang dan selesa bila ada dekorasi yang menarik. Dah tak perlu pergi hotel atau Airbnb semata-mata untuk mencari ketenangan.
Jadi apa kaedah atau cara nak buat dekorasi rumah terlihat cantik di mata mahupun followers di Instagram? Anda kena bijak bermain di barang-barang hiasan dan menetapkan beberapa gaya sudut ri rumah anda.
Antara tips mudah dekorasi rumah dari DIVA ialah…
#1 Tambah cermin gantung

Sebaiknya pilih cermin yang berlekuk atau bulat untuk kelainan. Cermin bukan sahaja mencipta ilusi lebih luas dan terang. Malah anda juga boleh kreatif ketika bergambar ootd menggunakan pantulan cermin.
#2 Wujudkan sudut membaca

Rak buku, kerusi malas dan meja membaca bukan sahaja sudut membaca tetapi prop mencipta personaliti dan identiti rumah anda. Susun atur buku dan beberapa pokok hiasan memang akan menambah harmoni dan rasa nyaman dalam gambar.
#3 Hias dinding dengan bingkai gambar

Dinding kosong tak tahu nak letak apa? Cuba gantung beberapa bingkai gambar atau lukisan. Anda boleh letakkan gambar memori keluarga, personal bahkan seni lukisan yang menggambar diri anda. Ia bukan sahaja menaikkan seri rumah bahka boleh jadi latar belakang bila bergambar untuk Instagram.
#4 Pilihan warna lembut untuk sofa dan bantal

Masih tak pandai nak mix and match warna langsir, sofa dan bantal? Anda boleh mula dengan tona-tona lembut seperti soft brown, beige, coklat, putih dan hitam. Jika mahu tambah warna yang cerah, cuba mainkan pada warna bunga, tumbuhan hijau atau buah-buahan hiasan. Ini bukan sahaja cara yang selamat tapi memang warna estetik Instagram yang diminati ramai!
#5 Guna perabot yang serba ringkas

Rumah yang digelar ‘Instagrammable’ bukan sahaja cantik di dalam gambar, malah kelihatan luas, ringkas dan bersahaja. Ia bergantung pada bentuk dan saiz perabot yang dipilih. DIVA suka dengan perabot yang berkaki kecil, nipis dan diperbuat dari kayu. Perabot yang mempunyai potongan halus lebih kelihatan elegan serta moden.
Biasanya ruang tamu boleh dijadikan sebagai sudut hiasan utama. Jadi anda boleh menitipkan beberapa di tips di atas di ruang tamu.
Selamat mencuba!