Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Gelang, Rantai & Subang Gaya ‘Hardware’, Jom Intai Rekaan Brand Paling Cantik!

by Indah Aziz
July 2, 2022
Foto - WhoWhatWear

Foto - WhoWhatWear

43
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Trend pakai barang kemas atau aksesori semakin menjadi-jadi bukan?

Bila barang kemas sudah jadi ramai permintaan ramai, sudah tentu pelbagai rekaan menarik disajikan kepada penggemar aksesori. Ada yang kekal klasik, minimal atau tegar dengan konsep mewah.

Lain pula dengan gaya baru barang kemas kali ini, iaitu konsep rekaan ‘hardware’. Ia telah menjadi fenomena dikalangan anak muda atau senang kata golongan ootd di media sosial.

Foto – Flare

Gelang, rantai dan subang diilhamkan dari barang bengkel seperti paku, kunci atau rantai mangga. Ia membawa suatu watak baharu kepada si pemakai terlihat berani dan cool seperti bintang rock.

Mari lihat beberapa jenama aksesori mewah yang menyediakan koleksi ‘hardware’ untuk anda sentiasa up-to-date dengan fesyen semasa.

#1 Tiffany HardWear – Tiffany & Co. [LINK]

Siapa kata Tiffany & Co. hanya ada koleksi klasik semata-mata? Tiffany HardWear antara koleksi baharu yang mengangkat Rose BlackPink sebagai penghias koleksi ini.

Foto – Tiffany & Co.

Anda boleh pilih dari rantai, gelang dan subang sebagai pelengkap gaya. Bahkan, Tiffany & Co. juga menyediakan koleksi ‘hardware’ dalam warna signature rose gold mereka.

#2 Versace Medusa Chain – Versace [LINK]

Versace tiada koleksi khusus untuk gaya ‘hardware’ tapi jika dilihat dari pilihan yang disediakan kebanyakan rekaan aksesorinya tersergam dengan rantai-rantai besar dikemaskan bersama logo Medusa.

IKLAN

Foto – Versace

Apa yang DIVA suka ialah rantai serta gelang ‘hardware’ Versace sesuai digayakan untuk lelaki dan wanita. Sangat versatil!

#3 Pandora ME – Pandora [LINK]

Kita biasa tahu Pandora hanya keluar aksesori gaya ‘manis-manis’ sahaja. Tapi dengan ada koleksi baharu Pandora ME mencorakkan lagi pilihan peminat Pandora.

Foto – Pandora

Rekaan berantai Pandora ME cukup unik, dimana anda boleh mengubah suai charm dan menambah styling link pada gelang. Selain itu juga, koleksi ala ‘hardware’ Pandora ME membawa mood ceria dan segar pada setiap rekaan.

#4 HABIB Oro Italia 916 Grafetta – Habib Jewels [LINK]

Habib Jewels juga tidak ketinggalan memperkenalkan koleksi Grafetta yang disyorkan untuk si pemakai yang mahu tampil minimalis atau mix and match dengan barang kemas lain.

Foto – Habib Jewels

Tidak hanya dengan warna kilauan emas, Habib Jewels juga mempunyai gelang dan loket dalam koleksi Grafetta warna rose gold. Selain itu, loket dan charm bentuk hati dan bintang menjadi pilihan utama Habib Jewels pada gaya ‘hardware’ mereka.

#5 Swarovski Imber, Collection III – Swarovski [LINK]

Terpegun melihat koleksi ‘hardware’ dari Swarovski yang lebih berani dan tidak teragak-agak bermain dengan saiz besar. Ia ingin mencipta ilusi ringkas walaupun anda memakai aksesori yang berat.

Foto – Swarovski

Koleksi berantai ‘hardware’ Swarovski ini boleh disambung dengan pelbagai lagi pilihan styling chain. Rona emas keperangan rantai dan gelang Imber dihiasi dengan butiran permata Swarovski.

Semua memang cantik bukan? Agaknya koleksi ‘hardware’ yang mana buat anda tak keruan? Kongsikan dengan teman anda sekarang!

Tags: design barang kemasgelang hardwarestail hardware bracelet
Share17SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Gelang, Rantai & Subang Gaya ‘Hardware’, Jom Intai Rekaan Brand Paling Cantik!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.