Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Pavilion Feast Tawar Lebih 10K Pilihan Makanan, DIVA Dah Cuba 8 Restoran Ini!

by Soph.Azz
June 29, 2022
Foto - Arkib DIVA

Foto - Arkib DIVA

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Khas untuk foodie!

Bermula sekarang hingga 24 Julai nanti, Pavilion Kuala Lumpur mengadakan ‘Pavilion Feast’; pengembaraan makanan gastronomi yang menampilkan keindahan kulinari signature seluruh dunia! Lebih daripada 150 restoran dan 10 ribu pilihan makanan serta minuman; Pavilion Feast mengajak kamu si foodie untuk mencuba makanan bermula dari Timur Tengah hingga ke China.

Best-nya festival makanan ini, DIVA turut mengambil peluang untuk mencuba beberapa makanan di beberapa buah restoran yang ada di Pavilion KL.

Nak tahu apa pendapat DIVA tentang setiap satu makanan signature disyorkan di restoran yang dikunjungi, baca perkongsian di bawah;

#1 Godaan Rempah Ratus Di ParaThai 

ParaThai iaitu restoran makanan Thailand ini menawarkan pelbagai jenis hidangan yang penuh dengan rempah ratus dan herba segar. Semasa di sini, DIVA sempat mencuba beberapa menunya iaitu Tom Yum Coke, Tom Yam Goong dan Som Tam Goong Krob.

Foto – Arkib DIVA

Bagi DIVA yang pertama kali mencuba Tom Yum Coke, rasanya sedikit pedas dan menyegarkan kerana ia dicampur dengan beberapa bahan masakan tomyam. Manakala Tom Yam Goong dan juga Som Tam Goong Krob agak pedas untuk individu yang kurang makan pedas.

#2 Feeling Di Jepun Bila Singgah Di Yayoi

Dengan reka bentuk dalamnya yang minimalis dan tenang, DIVA dapat nikmati beberapa menu makanan Jepun sambil menghayati budaya. Antara menu yang dicuba oleh DIVA adalah Chicken Karaage, California Roll dan Beef Hitsumabushi. 

Foto – Arkib DIVA

Di sini DIVA dapat mempelajari cara untuk makan makanan Jepun dengan betul. Setiap satu menu yang dicuba sangat sedap dan DIVA paling suka Chicken Karaage. Jangan risau ye kalau rasa muak kerana makanan di sini sesuai dengan tekak Melayu.

#3 Demonstrasi Tortelli Di Michelangelo’s 

Siapa yang sukakan makanan Itali terutamanya pasta, kunjungi restoran Michelangelo’s segera! Selain mencuba menu cadangannya; Tortelli Salmonati, Risottp Pollo Funghi, Cannoli dan kombucha; DIVA berpeluang melihat chef melakukan demonstrasi pasta tortelli.

Foto – Arkib DIVA

Pasta yang dibuat berdasarkan tempahan sangat sedap dan segar rasanya. Tidak seperti kebanyakan restoran Itali, menu-menu di Michelangelo’s memang menarik dan patut kamu cuba!

#4 Lebih Banyak Menu Menarik Di Tealive Plus

Pertama di Malaysia, Tealive Plus ini menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman eksklusif yang tidak ditawarkan di mana-mana rangkaian Tealive yang lain.

IKLAN

Foto – Arkib DIVA

Antara menu yang dicuba oleh DIVA adalah Cheese Brulee Milk Tea With Brown Sugar Pearls; rasanya agak manis dan berlemak tetapi sedap. Manakala makanannya pula adalah Signature Grilled Toasts- Spicy Korean Chicken Katsu; rasanya sedikit pedas dan bearable.

#5 Serai Berikan Rasa Teh Tarik Paling Eksklusif 

Untuk mereka yang sukakan suasana yang cozy dan elegan, Serai adalah pilihan yang terbaik! Dengan pelbagai menu kuih-muih, makanan Melayu dan Barat hingga ke pencuci mulut, DIVA sempat mencuba teh tarik popularnya.

Foto – Arkib DIVA

(1) Beraroma wangi dan rasa teh tariknya sangat lain dan berbeza! (2) Moroccan Spiced Lamb Shank dimasak dengan sempurna, sangat lembut dan cair dalam mulut. (3) Nasi Kerabu pula rasanya kaya dengan rempah dan kemanisan jus ayam percik. (4) Pencuci mulutnya, DIVA sukakan gabungan rasa yang tidak begitu manis dan buah-buahan yang compliment pavlova tersebut.

#6 Nikmati Makanan Laut Di OCEAN TWE12VE  

Khas untuk peminat makanan laut, DIVA syorkan untuk kamu datang ke restoran ini dan cuba beberapa menunya; Salt-Baked Tiger Grouper dan Sicilian Stuffed Squids. 

Foto – Arkib DIVA

Bersaiz besar dan sangat puas bila makan ikan kerapu yang disediakan. Makanala Sicilian Stuffed Squids pula sangat padat dengan isian udang di dalamnya.

#7 Wajib Cuba Menu Signature Di Two Sons Bistro

Di Two Sons Bistro, DIVA dapat merasai menu popularnya; Butter Cream Chilli Clams, Ginger and Lemongrass Mussels Lemon Butter Garlic.

Foto – Arkib DIVA

Dihidangkan bersama garlic bread dan mini mantao bun, tahap kepedasannya makanan ini adalah bearable. Manakala clams dan mussels rasa sangat segar. DIVA akan kembali untuk nikmati Butter Cream Chilli Clams. Sangat sedap dan berbaloi!

#8 Makanan Manis Di Dubai Untuk Si Sweet Tooth 

Viral di media sosial apabila ramai yang review tentang makanan Food Republic- Dubai di Pavilion KL. Tak mahu ketinggalan, DIVA mencuba menu popularnya iaitu Cheese Kunafa, kebab dan nasi Arab ayam.

Foto – Arkib DIVA

Cheese Kunafa di sini dibuat setiap hari dan rasanya manis serta berlemak. Untuk kebab dan nasi Arab, portion makanannya tidak kedekut dan sedap dengan penggunaan rempah ratus yang banyak.

Sehingga 31 Julai 2022, nikmati menu istimewa dan promosi eksklusif; (1) Pemegang kad Maybank boleh nikmati diskaun sehingga 20% di kedai F&B terpilih. (2) Pembeli berbelanja RM300 di mana-mana kedai dalam gabungan dua resit boleh tebus Maxwell & William Megan McKean Cities Double Wall Insulated Cup.

Tags: michelangelo'socean twe12veparathaiPavilion KLrestoran seraitealive plustwo sons bistroyayoi
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Pavilion Feast Tawar Lebih 10K Pilihan Makanan, DIVA Dah Cuba 8 Restoran Ini!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.