Rasanya macam baru sangat dengar berita tentang Neelofa melahirkan putera sulungnya, Muhammad Bilal. Rupa-rupanya sudah empat bulan selebriti ini menjadi seorang ibu.
Rajin berkongsi tips dan khabar mengenai Bilal di Instagram; DIVA tertarik dengan satu perkongsian Neelofa iaitu kelas ‘sleep training’ yang dihadirinya. Ujar selebriti ini kelas khas tersebut adalah sangat berguna.
Walaupun anaknya masih bayi, Neelofa mendedahkan kelas itu bertujuan untuk para ibu melatih anak mereka untuk tidur secara bersendirian pada usia yang muda. Menarik kan?
Kelas ‘Sleep Training’, Khas Untuk Bayi
“Hari ni hari pertama Muhammad Bilal sleep train. Ni Bilal sedang nesting untuk 15 minit. Sebelum saya letak dalam basinet ni, dah bagi susu, gelapkan bilik danΒ bonding session 15 minit juga.”
Info untuk kamu, kaedah ‘sleep train’ ini merupakan proses para ibu membantu bayi mereka belajar tidur dengan sendiri tanpa bantuan sepanjang malam.
@seorangnur MasyaAllah, anak soleh β€οΈ Sleep train ni benda yg Lofa belajar dengan Puan @Nad Masrom haritu rasanya π₯° #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca #babylanguage
β¬ suara asli – _π§ππ―ππ‘πππ£πͺ – _π§ππ―ππ‘πππ£πͺ
Meskipun Bilal tidak perlu didodoikan untuk tidur, Neelofa tidak tinggal dan tetap memerhati agar anaknya selamat serta selesa sepanjang proses tersebut. Malah pada waktu nesting, Neelofa akan menyorokkan dirinya untuk elak daripada Bilal ternampak dirinya.
Hasil daripada proses ‘sleep training’ tersebut, selebriti ini mendedahkan anaknya tidur nyenyak sepanjang 12 jam tanpa gangguan kecuali terjaga untuk sesi penyusuan.
IKLAN
- Foto – @neelofa (IG)
“Alhamdulillah, dia akan tidur paling lewat 7:30 malam sampaiiah subuh. Tapi akan minta susu dua ke tiga kali sepanjang 7 malam ke 7 pagi tu. Tapi mata tutup, mulut je buka minum susu.”
Petua ‘Sleep Train’ Untuk Ibu BapaΒ
Walaupun ada banyak kaedah ‘sleep train’ di luar sana, tapi apa pun DIVA cadangkan untuk kamu tahu beberapa petua bagi memastikan proses ini lancar;
#1 Tetapkan rutin waktu tidurΒ
Pada permulaannya, tetapkan masa yang konsisten selama 30-45 minit untuk peralihan bayi dari waktu terjaga kepada mengantuk. Mulakan rutin ini awal dari waktu tidurnya untuk elak bayi jadi terlalu penat.
Kalau bayi tertidur semasa menyusu badan atau botol, jadualkan penyusuannya lebih awal, sama ada sebelum mandi supaya kamu boleh biarkan dia ‘sleep train’ ketika masih terjaga.
- Foto – Pinterest
#2 Tahu bila bayi letihΒ
Perhatikan isyarat seperti menguap atau menggosok mata kerana pada waktu ini bayi menjadi letih dan bukannya mengantuk. Jadi nak ‘sleep train’ kamu kenalah tidurkan bayi apabila dia mengantuk tetapi tidak terlalu letih.
Bila letih bayi akan alami masa yang sukar untuk tidur dan cenderung untuk tidur nyenyak atau bangun awal.
#3 Jangan dukung untuk dodoikan bayiΒ
‘Sleep train’ adalah proses untuk bayi tidur dengan sendiri. Bila kamu dukung untuk dodoikan, bayi akan jadi terbiasa dan akan alami masa yang sukar untuk tidur dengan sendirinya.
- Foto – Pinterest
#4 Elak respon terlalu pantasΒ
Pada rengekan pertama bayi, jangan tergesa-gesa merespon kerana bayi akan terbiasa dengan kehadiran kamu untuk menenangkannya. Mereka cenderung untuk membuat banyak bunyi pada waktu malam tetapi mereka juga akan tertidur dengan sendirinya selepas itu.
#5 Kurangkan interaksi pada waktu malam
Pada waktu malam, pastikan interaksi antara ibu bapa dan bayi menjadi ringkas dan cepat. Lakukan sebarang pemeriksaan, penyusuan atau penukaran lamping dengan tenang dan cepat untuk elak bayi terlalu merangsang dengan kehadiran ibu bapanya.
Ibu bapa yang belum cuba ‘sleep train’ ini, cepat-cepat cuba okay? Barulah kamu dan bayi dapat tidur dengan cukup dan selesa.