Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Boleh Ke Saya Pakai AHA BHA Bersama Niacinamide?

by Lisa AG
June 28, 2022
Foto - Skincare Edit

Foto - Skincare Edit

111
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Soalan di atas seringkali menjadi pertanyaan penulis kerana, keduanya merupakan bahan yang aktif untuk merawat masalah kulit. Jadi kalau digabungkan bersama, apakah memberi reaksi buruk pada kulit atau kulit menjadi lebih baik?

Ramai orang bergelut dengan jerawat, hiperpigmentasi, kedutan, kulit dehidrasi, pori-pori membesar dan lain-lain. Bila kulit mengalami masalah seperti yang disebut, mungkin ada yang tidak pernah membuat temu janji dengan pakar dermatologi atau tidak pernah mencuba menggunakan Niacinamide, AHA, dan BHA dalam rutin penjagaan kulit harian mereka.

Untuk pengetahuan kamu, ketiga-tiga bahan ini terkenal membantu meningkatkan tekstur kulit, mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kekeringan dan kusam, kedutan halus dan melawan faktor pencetus jerawat. Jadi apa yang berlaku kalau dipakai bersama?

Foto – DermaScope

Apabila menggunakan AHA sebagai pengelupasan kimia, pertimbangkan untuk menambah Niacinamide pada penjagaan kulit. AHA dijangka merengsa, menyebabkan kemerahan, pedih, dan keradangan, terutamanya pada permulaan rawatan. Niacinamide pula meminimumkan kesan sampingan dengan menambah penghalang kulit, kurang pendedahan kepada kerengsaan, mengawal penampilan merah, dan meningkatkan kelembapan.

IKLAN

Bila digunakan bersama, ia akan menggandakan manfaat mencerahkan, memudarkan pigmentasi, dan mengurangkan kedutan. Sarankan untuk mengambil masa 30 minit antara penggunaan Niacinamide dan AHA untuk memastikan ianya diserap sepenuhnya. Atau boleh sapukan Niacinamide pada waktu pagi dan AHA pada waktu malam.

Foto – Beautylish

Gabungan BHA dan Niacinamide sesuai untuk memerangi jerawat ringan dan sederhana, bintik hitam dan liang pori yang membesar sambil memperbaiki keadaan kulit. Menggabungkan kedua-dua bahan ini boleh memberi kesan postif yang ketara pada kulit.

Kamu boleh menggunakan Niacinamide dan BHA, dengan sapukan BHA, tunggu sekurang-kurangnya 30 minit, kemudian Niacinamide. Hal ini bagi memberikan masa supaya kedua-dua produk boleh berfungsi pada tahap pH yang sepatutnya.

Jelaskan sekarang…

Tags: aha bhaniacinamideRetinol
Share44SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Boleh Ke Saya Pakai AHA BHA Bersama Niacinamide?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.