Sentiasa menawarkan item fesyen yang trendy, eksklusif dan comel; kini Pomelo mengumumkan koleksi keduanya bersama pereka Thailand, Janesuda Pranto.
Koleksi kedua yang dilancarkan pada 24 Jun ini menampilkan gaya eksklusif pakaian kasual yang diilhamkan oleh konsep ‘Femme Pétale‘. Terdiri daripada 26 keping, koleksi ini merangkumi tops, bottoms dan aksesori serba boleh sesuai untuk wanita masa kini.
- Foto – Janesuda X Pomelo
Menariknya koleksi kedua ini, sesetengah itemnya dicetak menggunakan cat air yang menampilkan lukisan tangan bougainvillea. Bunga kegemaran Janesuda ini dikatakan melambangkan kekuatan dan kecantikan wanita moden tanpa mengira halangan yang ditempuhi.
IKLAN
- Foto – Janesuda X Pomelo
Bukan itu saja item utama dalam koleksi ini yang jadi perhatian ramai adalah set padanan denim. Set ini menggunakan bahan mampan dan renda tersuai serta reka bentuk yang menggabungkan siluet pakaian knitwear terlaris Pomelo dengan elemen ikonik Janesuda.
Koleksi Janesuda X Pomelo yang bermula pada harga RM119.90 ini boleh didapati di kedai Pomelo (1 Utama Shopping Centre), aplikasi dan web [Pomelo].
Happy shopping!