Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Lebih Moden Untuk Si Ibu, Gaya Zahirah MacWilson Jadi Pilihan DIVA

by Soph.Azz
June 27, 2022
Foto - @zahirahmacwilson (IG)

Foto - @zahirahmacwilson (IG)

27
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila menjadi seorang ibu, kita memang mudah terlepas pandang tentang gaya fesyen ibu moden yang betul. Bukan apa, kebanyakan ibu sekarang tak ada masa untuk bergaya, pakai mana yang sempat disebabkan mengurus hal suami dan anak-anak.

Jangan begitu ye wahai ibu! Sebagai seorang ibu kita perlu tunjukkan contoh yang baik dan salah satunya adalah berpenampilan menarik. Masih ada masa untuk kamu betulkan semula penampilan agar sentiasa kelihatan kemas dan cantik.

Sebagai permulaan kepada perubahan fesyen ibu moden, DIVA cadangkan untuk kamu ikuti gaya Zahirah MacWilson. Fesyen ibu anak satu ini sangat simple, moden dan paling penting nampak bergaya je!

Kalau rasa macam tak ada masa nak bersiap atau tengah rushing, DIVA syorkan untuk kamu sarung je pakaian riadah. Lebih cepat dan sangat praktikal! Lengkapkan gaya kamu dengan kaca mata statement dan juga shoulder bag yang terkini. 

View this post on Instagram

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Back to basic, ibu-ibu moden boleh cuba untuk padankan t-shirt kegemaran kamu dengan seluar baggy; sama ada cargo pants, harem pants atau jogger pants. Untuk solekan DIVA syorkan untuk kamu kenakan mekap yang tipis, lebih natural lebih bagus. Dan rambut pula, kamu boleh kenakan gaya ponytail atau lepas sahaja, ikut keselesaan. 

View this post on Instagram

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Untuk gaya basic lagi, apa kata kamu cuba tiru gaya Zahirah di bawah. Padukan sweatshirt dengan jeans. Ditambah pula dengan sling back dan sneaker seperti chunky sneakers, memang nampak sangat stail!

View this post on Instagram

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

 

Semasa bercuti ramai wanita akan bawa pakaian yang mudah dicapai dan paling penting adalah breathable. Kamu boleh gayakan set top dan short yang gunakan material cotton dan cepat serap peluh. Jangan lupa untuk cari cetakkan alam semula jadi, barulah dapat bangkitkan lagi mood percutian dengan keluarga. 

View this post on Instagram

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

IKLAN

Bila sambut majlis hari jadi anak, DIVA sarankan untuk ibu-ibu pakai pakaian yang memudahkan untuk kamu bergerak. Bukan apa, nak kejar anak lagi dan nak sambut tetamu, jadi kalau pakai skirt atau dress memang tak sesuai ye. 

View this post on Instagram

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Ada masanya ibu pun perlukan masa berdua-duaan dengan pasangan kan? Jadi untuk idea pakaian date, kamu boleh gayakan blouse atau cardigan yang dipadukan dengan skirt bercetakan floral untuk nampak lebih manis. Kalau sukakan gaya yang seksi, pilih split skirt okay?

View this post on Instagram

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Ibu moden yang suka berfesyen, jangan lepaskan peluang untuk cipta semula gaya Zahirah yang ini. Boleh pakai pakaian ini semasa berjumpa dengan kawan, majlis kasual atau majlis sambutan ulang tahun perkahwinan. 

View this post on Instagram

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Kalau inginkan gaya yang eksklusif dengan sedikit hint seksi, DIVA syorkan untuk kamu cuba gaya ini. Padukan crop cami top, sheer top cetakan polkadot dengan seluar kulit. Untuk solekan, kenakan mekap soft glam dengan gaya rambut high bun. 

View this post on Instagram

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Ingat wahai ibu-ibu di luar sana, masa ada masa untuk kita berubah menjadi ibu moden yang fashionista. Selamat mencuba!

Tags: fesyen ibu modenfesyen zahirah macwilsongaya zahirah macwilsonzahirah macwilson
Share11SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Lebih Moden Untuk Si Ibu, Gaya Zahirah MacWilson Jadi Pilihan DIVA

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.