Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

3 Koleksi Pinggan Mangkuk Mahal Versi Kelopak Kubis, Kamu Suka Yang Mana?

by Indah Aziz
June 25, 2022
Foto - Harrods

Foto - Harrods

128
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memang ada sahaja yang unik tentang koleksi pinggan mangkuk!

Sejak dua menjak ini kalau anda rajin scroll Instagram ada sahaja yang pamer juadah lauk pauk yang diletakkan didalam pinggan mangkuk berbentuk kelopak kubis.

Ternyata ia memberi satu daya penarik bukan sahaja hidangan tampak lebih lazat. Malah set meja nampak ada kelas tersendiri.

Kalau mengikut beberapa sumber, rekaan pinggan mangkuk berbentuk sayuran atau buahan sudah lama diterapkan dalam dikeluarkan terutamanya di England pada abad ke-18 dan k-19. Kemudian kelopak kubis atau kubis menjadi rekaan yang paling popular. Sehingga menjadi statement khas untuk ‘mak-mak’ di selatan Amerika Syarikat.

View this post on Instagram

A post shared by Cooking episode (@cooking.episode)

Nah sekarang dah jadi ikutan di Malaysia pula. DIVA sendiri tertarik dengan kepelbagaian rekaan yang ada. Bukan sahaja terpersona dengan warna hijau kubis bahkan perincian mangkuk yang menampakkan ia seolah-olah kubis sebenar!

Teringin nak ada satu set khas pinggan mangkuk kubis? DIVA sediakan tiga jenama gah untuk anda pilih mengikut citarasa.

#1 Bordallo Pinheiro

Pasti susunan kabinet anda tersergam indah dengan set kubis Bordallo Pinheiro. Ia diilhamkan dari konsep desa asal negara Portugal. Kubis dianggap bahan yang tahan lasak dan pelbagai guna oleh jenama ini.

Foto – Harrods

Anda boleh lihat sendiri koleksi tableware cabbage Bordallo Pinheiro yang sangat mementingkan tekstur, warna dan bentuk dalam setiap pinggan, mangkuk dan gelas.

Selain warna hijau natural, warna putih atau beige juga ada untuk dijadikan pilihan.

Foto – Weston Table

DIVA berminat sangat untuk add-to-cart cabbage bowl, cabbage cheese tray dan cabbage leaf 25!

Layari international.bordallopinheiro.com untuk belian atas talian.

#2 Tory Burch x Dodie Thayer

Tak sangka jenama fesyen pakaian Tory Burch juga ada koleksi khas dinnerware inspirasi dari sayur kubis. Ini ialah kolaborasi khas dari artis pereka porselin Dodie Thayer sejak tahun 2015.

Foto – Tory Burch

Jika anda lihat dengan teliti, acuan kubis, warna dan detailing pada setiap set lebih lembut serta terlihat feminin. Rona hijau pastel, putih dan merah jambu yang membuatkan ia lebih menarik.

Foto – Modern Luxury Dallas

Bukan sahaja dari pinggan mangkuk, malah lengkap bersama teko, mug, cawan dan bermacam lagi saiz pinggan untuk dijadikan hiasan lengkap atas meja.

#3 Le Crueset Vegetable Set

Jika anda masih lagi bertatih dalam dunia mengumpul pinggan mangkuk. DIVA cadangkan mula dengan jenama mewah Le Crueset dahulu.

Foto – Carousell

Le Crueset dah lama keluarkan pinggan kubis dengan warna hijau cair ini. Namun ia bukan hadir dalam bentuk set kubis. Pinggan bentuk kubis comel ini bersama pinggan bentuk labu, bawang dan tomato.

Biarpun begitu, ia antara pinggan yang paling laris sehingga kini masih lagi dicari oleh peminat mereka!

Foto – Shopee Malaysia

DIVA suka sebab ia boleh dijadikan pinggan makan, pinggan lauk atau sekadar prop hiasan dapur.

Rasanya antara tiga jenama diatas dah boleh siap-siap tempah sebagai hadiah hari jadi untuk mak atau buat diri sendiri. Apa salahnya kan?

Daripada pinggan bermotifkan corak bunga atau sayur, pilih pula yang berbentuk unik seperti kubis. Terlopong mulut tetamu datang rumah nanti!

FILED UNDER bordallo pinheiro cabbagele crueset cabbagetory burch cabbage
Share51SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.