Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Bernilaikah Emas Di Pasaran Selain Warna Emas Kuning?

by Lisa AG
June 24, 2022
Foto - Habib Jewels

Foto - Habib Jewels

26
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mesti kita pernah terfikir, bernilai ke emas selain daripada warna emas kuning?

Kita sedia maklum, di zaman moden banyak barangan baru terhasil melalui kemajuan teknologi yang dicapai. Seperti emas, kini didatangkan dalam pelbagai bentuk dan rekaan seperti jongkong, syiling, not, syiling wafer dan yang paling mendapat permintaan tertinggi adalah barangan kemas emas.

Seiring peredaran zaman, terdapat pelbagai jenis rekaan yang ditawarkan di pasaran untuk menepati citarasa pencinta emas. Bahkan, warna emas kini bukan hanya warna kuning tetapi dalam pelbagai warna lain. Namun apakah warna emas lain mempunyai nilai yang sama seperti emas berwarna kuning?

Untuk pengetahuan kamu, sesetengah barangan kemas dinilai mengikut jumlah kandungan emas yang digunakan. Berikut adalah jenis-jenis emas yang sering digunakan dalam menghasilkan pelbagai rekaan barangan kemas:

Emas 999 (24K)

Foto – Habib Jewels

Mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9% dan selalunya digunakan dalam menghasilkan jongkong, syiling, not dan syiling wafer. Terdapat beberapa juga rekaan barangan kemas yang dihasilkan menggunakan emas 999 ini namun rekaannya adalah sedikit terhad kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa ini perlu penjagaan yang lebih teliti agar tidak mudah rosak dan kemek.

IKLAN

Emas 916 (22K)

Menjadi pilihan utama dalam menghasilkan barangan kemas emas kerana ianya lebih padu berbanding emas 999. Mempunyai kandungan emas sebanyak 91.6% dan ditambah aloi bagi menguatkan struktur rekaan emas ini.

Emas 750 (18K)

Foto – Habib Jewels

Seringkali digunakan bagi mengikat batu berlian dan permata untuk dijadikan sebagai cincin perkahwinan, pertunangan mahupun hadiah buat yang teristimewa. Jenis emas ini mempunyai kandungan emas sebanyak 75%.

Emas 585 (14K)

Emas jenis ini mempunyai kandungan emas sebanyak 58.5% dan kebanyakkan digunakan dalam rekaan barangan aksesori kerana daya tahan yang sangat kuat.

Emas 375 (9K)

Foto – Habib Jewels

Jenis emas ini adalah yang mempunyai kandungan emas yang terendah iaitu sebanyak 37.5%. Ianya juga turut dikenali sebagai emas suasa yang menjadi popular dalam pembuatan cincin lelaki.

Jadi, apakah benar warna emas selain warna kuning di pasaran bernilai dan boleh dijual semula? Jawapannya adalah YA. Hal ini demikian kerana nilai emai tidak dipengaruhi oleh warna tetapi kandungan emas.

Tags: emasemas kuningHABIB JEWELSwarna emas
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Bernilaikah Emas Di Pasaran Selain Warna Emas Kuning?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.