“Betul-betul menyerlah penampilan Kate Middleton.”
Potret rasmi Duke dan Duchess of Cambridge menampilkan Kate Middleton dalam salah satu fesyen yang paling diingati, hijab zamrud yang memukau.
Karya seni yang ditugaskan oleh Cambridgeshire Royal Portrait Fund, telah diumumkan di University of Cambridge Fitzwilliam Museum. Jamie Coreth, pelukis yang bertanggungjawab untuk potret mengambil inspirasi daripada penampilan pasangan semasa lawatan ke Dublin, Ireland tahun 2020.
Dalam lukisan itu, Kate tampil berkilauan dengan gaun midi hijab zamrud metalik dari The Vampire Wife, dipadankan bersama pump Manolo Blahnik hijau satin dan sepasang anting-anting mutiara yang pernah menjadi milik Puteri Diana. Sementara itu, Putera William memakai sut hitam dengan kemeja berbutang putih dan tali leher biru.
Orang ramai boleh melihat potret di Fitzwilliam Museum selama tiga tahun, selepas itu akan dipamerkan di ruang dan galeri lain di sekitar bandar. Seterusnya, dipinjamkan kepada National Portrait Gallery untuk pembukaan semula 2023.