Keliru bukan bila baca tajuk kali ini? Bukan ke lagi berminyak kulit kalau tambah pula face oil atau minyak muka dalam rutin penjagaan kulit?
Terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit berminyak. Sehabis mungkin mahu kulit kelihatan matte atau jauh dari sinaran glowing yang boleh merosakkan solekan.
Bukan itu sahaja, kulit berminyak sinonim dengan masalah breakout dan jerawat akibat pori-pori tersumbat. Jadi makin bertambah takut nak pakai face oil!
Sabar dulu, mari DIVA terangkan tentang kebaikan face oil kepada kulit anda yang berminyak. Bila anda dah faham nanti, baru anda akan tahu kenapa kulit tetap juga berjerawat biar tak pakai face oil.
Mengimbangi kelembapan kulit
Seperti yang kita faham pelembap muka adalah produk utama dalam memberi hidrat pada kulit. Ia produk yang mesti ada dalam rutin harian samada pagi dan malam.
Sama juga dengan face oil, ia bertindak mengimbangi semula kelembapan kulit. Apa yang berbeza ialah, face oil bertindak menghadkan pengeluaran natural oil yang dihasilkan oleh kulit.
Ia sekaligus mengelirukan produksi sebum, dan hasilnya sebum akan mengurangkan natural oil. Minyak pada kulit jadi normal dan tiada lagi isu minyak berlebihan.

Dengar sini, kulit yang semakin berminyak ialah kerana kulit kering. Jadi jangan biar kulit anda dilindungi dengan pelembap atau face oil.
Sebaik selesai membersih wajah dan menyegar. Wajib oleskan pelembap dan sedikit face oil bagi menjaga kitaran kulit anda.
Formula menenangkan iritasi
Pemilihan jenis face oil juga tidak boleh dibuat secara rambang. Anda harus memakai face oil yang dikategorikan khas untuk kulit berminyak atau acne-prone.
Kita mahu mengelak dari berlaku kesan sampingan formula yang tidak sesuai.

Bahan-bahan face oil yang pakar dermatologi syorkan buat kulit berminyak ialah jojoba, aloe vera, tea tree oil, marula dan grapeseed. Ia bertekstur ringan dan tidak menyebabkan kulit terasa melekit.
Namun jika anda ada mengalami masalah jerawat pilih face oil yang kaya dengan tea tree oil, jojoba atau squalane. Ini kerana ia membasmi segala bakteria, menenangkan iritasi dan melembap kulit secara efektif.
DIVA pilih face oil ini untuk kulit berminyak
#1 Biossance 100% Squalane Oil [RM149]

#2 Kora Organics Noni Glow Face Oil [RM258]

#3 Peter Thomas Roth Oilless Oil 100% Purified Squalane [RM197]

#4 Indie Lee 100% Pure Squalane Facial Oil [RM167]

Agaknya kamu berani tak nak pakai face oil lepas baca artikel ini? Kongsikan dengan kawan-kawan kamu.