Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

PUMA X FRIDA KAHLO: Kasut Larian & 4 Item ‘Panas’ Ini Bakal Buat Kamu Tergoda!

by Sofie Azizlan
June 23, 2022
PUMA X FRIDA KAHLO: Kasut Larian & 4 Item ‘Panas’ Ini Bakal Buat Kamu Tergoda!

Foto - PUMA X FRIDA KAHLO

11
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bersempena dengan memupuk rasa hormat pada pelukis Mexico, PUMA bekerjasama dengan Frida Kahlo dan OEG Latino; melancarkan koleksi ikonik PUMA X FRIDA KAHLO.

Frida Kahlo menjadi sebahagian daripada Siri Artis Wanita PUMA yang baru; sebuah inisiatif dalam meraikan kesaksamaan dan memperkasakan suara artis wanita.

Menerusi koleksi ini, terdapat lima item yang sangat menarik minat DIVA (dan tentunya kamu sekali). Koleksi yang dikatakan sebagai ciptaan satu dimensi baru dalam pengayaan sesuai untuk wanita yang berjiwa bebas dan bersemangat.

Jom lihat lima item ‘panas’ daripada PUMA X FRIDA KAHLO yang patut kamu dapatkan segera di bawah;

#1 RUN XX NITRO FRIDA KAHLO 

Kasut larian ini yang menampilkan tumit sempit khusus untuk wanita, sculpted arch dan lower instep. Bukan itu saja, ia juga digabungkan dengan tapak tengah NITRO foam yang beri keseimbangan pada kusyen untuk tahan lama dan ringan.

Foto – PUMA X FRIDA KAHLO

Yang paling DIVA teruja sekali tentang kasut larian ini, ia dicetak dengan corak bunga yang berani pada bahagian belakang. Sangat cantik!

IKLAN

#2 PWRFRAME TR FRIDA FLORAL 

Foto – PUMA X FRIDA KAHLO

Menampilkan cetakan bunga melalui tindanan mesh dan tapak tengah, kasut larian ini disokong dengan sistem 3D. Sistem tersebut sangat membantu untuk kamu stabil dan selesa sepanjang masa; kasual atau tengah bersenam.

#3 PUMA X FRIDA KAHLO CROP TOP BRA 

Foto – PUMA X FRIDA KAHLO

Pada bahagian depan, crop top bra ini dicetak dengan grafik bunga, manakala bahagian tepinya dijahit dengan aksen yang kontras. Fabrik yang digunakan adalah ellaVATE premium; cepat kering dan sangat menyokong.

#4 PUMA X FRIDA KAHLO REVERSIBLE JACKET 

Foto – PUMA X FRIDA KAHLO

Diinspirasikan oleh The Two Fridas, reversible jacket ini memberi dua gaya yang berbeza; satu bahagian direka bentuk dengan subtle flower crown pada hood, satu lagi bahagian  mempunyai reka bentuk grafik yang berani.

#5 PUMA X FRIDA KAHLO 7/8 TIGHT

Bercetak bunga-bungaan, tight ini mempunyai perincian tali pinggan yang elastik bertali. Manakala jahitan kontras pada tight ini digabungkan untuk beri penghormatan pada gaya peribadi Frida.

Foto – PUMA X FRIDA KAHLO

Tight yang gunakan fabrik ellaVate ini memang DIVA syorkan kerana ia cepat kering, beri sokongan yang tertinggi dan paling penting tidak buatkan celah paha kamu melecet.

Koleksi PUMA X FRIDA KAHLO ini boleh didapati di kedai atau talian [PUMA] dengan harga antara RM299 hingga RM639.

Tags: frida kahloPUMApuma x frida kahlo
Share4SendShare

Artikel Berkaitan

Gelang, Rantai & Subang Gaya ‘Hardware’, Jom Intai Rekaan Brand Paling Cantik!
Fesyen

Gelang, Rantai & Subang Gaya ‘Hardware’, Jom Intai Rekaan Brand Paling Cantik!

by Iza B
July 2, 2022
0

Trend pakai barang kemas atau aksesori semakin menjadi-jadi bukan? Bila barang kemas sudah jadi ramai permintaan ramai, sudah tentu pelbagai...

Baca Lagi
Ikon Fesyen ‘Plus Size’, Sherry Alhadad Berani Cuba Banyak Gaya Untuk Jadi Unik!
Fesyen

Ikon Fesyen ‘Plus Size’, Sherry Alhadad Berani Cuba Banyak Gaya Untuk Jadi Unik!

by Sofie Azizlan
July 1, 2022
0

"Plus size dan fesyen"- Tak dinafikan ramai yang fikir mereka ini tidak mempunyai banyak pilihan untuk bergaya macam orang lain....

Baca Lagi
Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu
Fesyen

Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu

by IamLisa
July 1, 2022
0

Barbie di mana saja! Barbie adalah ikon bagi kebanyakan kanak-kanak kerana miliki rupa paras cantik, tubuh yang langsing, boleh bergaya...

Baca Lagi
Sertai Krew Minion Dengan Tampalan Eksklusif Di Levi’s® Tailor Shop Ini
Fesyen

Sertai Krew Minion Dengan Tampalan Eksklusif Di Levi’s® Tailor Shop Ini

by Sofie Azizlan
July 1, 2022
0

Ada yang sudah tonton filem "Minions: The Rise of Gru"? Gru dan krew jahatnya kini kembali memeriahkan pawagam dengan filem...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    “Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit

  3. 3

    Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu

  4. 4

    Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu

  5. 5

    Tak Pakai Mekap Pun Glowing, Ini Yang IU Lakukan Untuk Jaga Muka

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.