Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Intermark Mall: Jom Selami Dunia ‘Amazing Borneo’ Di Tengah KL!

by Soph.Azz
June 23, 2022
Foto - Intermark Mall

Foto - Intermark Mall

15
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Buat pertama kalinya Intermark Mall bekerjasama dengan Borneo Street KL untuk membawakan dunia ‘Amazing Borneo’ di tanah Semenanjung.

Menerusi kerjasama ini, kamu berpeluang untuk melihat pelbagai budaya menarik Sabah dan Sarawak melalui suku kaum yang asli; daripada pelbagai jenis alat muzik, kraftangan hingga makanan.

Foto – Intermark Mall

Tujuan ‘Amazing Borneo’ ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memelihara budaya orang asli Malaysia Timur sempena permulaan musim baru selepas perayaan Gawai baru-baru ini.

Ini Yang Best Bila Kunjungi ‘Amazing Borneo’

Apabila berkunjung ke sini, DIVA syorkan untuk kamu ikuti beberapa bengkel dan cuba beberapa perkara yang agak menarik dan tiada di Semenanjung. Bermula daripada demonstrasi menganyam bakul hingga membuat kek lapis Sarawak.

Foto – Intermark Mall

Pameran dan bengkel ini akan diadakan di Tingkat Bawah bermula sekarang hingga 3 Julai 2022 dan kemasukan adalah percuma!

IKLAN

Manakala bagi kamu yang mahu mendapatkan beberapa item dari Borneo, DIVA cadangkan untuk kamu naik ke Tingkat 1. Di sini ada pelbagai jenis kraf tradisional dan keperluan musim panas yang ekslusif.

Foto – Intermark Mall

Bukan itu saja, kamu juga boleh dapatkan beberapa peralatan rumah yang tradisional, direka khas oleh suku kaum etnik di Borneo. Antaranya adalah pilihan kraftangan tradisional atau beberapa peralatan rumah yang menggunakan tenunan etnik.

Psst… Pembeli yang berbelanja sebanyak RM250 dan ke atas dalam satu resit, kamu boleh tebus pouch alat tulis dalam cetakan Borneo yang eksklusif atau kupon F&B.

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati pelbagai keunikan budaya Sabah dan Sarawak di ‘Amazing Borneo’ Intermark Mall!

Tags: amazing borneointermark mallsabahsarawak
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Intermark Mall: Jom Selami Dunia ‘Amazing Borneo’ Di Tengah KL!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.