Masih ada ke yang tak gunakan beauty blender sekarang ni?
Seperti kita sedia maklum, beauty blender kebiasaannya berbentuk seperti telur. Tapi bila dunia kecantikan makin maju, beauty blender ini didatatangi dalam pelbagai bentuk dan saiz; ada yang berbentuk petak, tirus dan sebagainya.
Setiap satu bentuknya itu direka khas untuk keperluan kamu semasa bersolek. Ada yang khas untuk solekan seluruh wajah, ada yang hanya untuk concealer saja, setting powder atau kontur.
Jom lihat beauty blender mana yang berbaloi dan patut ditambah dalam koleksi kamu!
SIGMA BEAUTY 3DHD BLENDER [RM70]
- Foto – Sephora
Khas untuk kontur wajah, beauty blender ini dikatakan paling perfect dan jadi pilihan ramai! Mempunyai bentuk multi-angled, ia sesuai untuk kamu blend dengan rata pada bahagian yang diingini.
IKLAN
FENTY BEAUTY PRECISION MAKEUP SPONGE 100 [RM70]
- Foto – Sephora
All in one, beauty blender ini sesuai untuk kamu yang tak mahu gunakan beauty blender yang banyak ketika bersolek. Bahagian atasnya berbentuk seperti separuh bulan kecil yang bertujuan untuk kamu blend kawasan dan celah yang sempit atau kecil.
BEAUTY BAKERIE ORGANIC EGGS BEAUTY SPONGE [RM79.29]
- Foto – Beauty Bakerie
“Excuse me?!”- Dihadirkan dalam bekas telur, beauty blender ini direka khas untuk kamu gunakan pada semua jenis solekan asas; foundation, skin tints, CC cream, bedak dan banyak lagi.
BEAUTYBLENDER® ORIGINAL [RM99]
- Foto – Sephora
Berbeza dengan yang lain, beauty blender ikonik ini tidak menyerap foundation kamu untuk pastikan solekan tidak bercapuk serta tidak sekata. Malah yang bestnya, beauty blender ini direka untuk digunakan dalam keadaan yang basah. Jadi lembapkan sedikit dengan air sebelum dab ke muka okay?
CHANEL FOUNDATION SPONGE BRUSH [RM105]
- Foto – Chanel
Sponge brush daripada Chanel ini direka khas bagi penggunaan fluid foundation untuk hasilkan solekan yang ultra-natural. Dengan pemegang span yang selesa, kamu boleh blend di seluruh wajah dengan rata.
Bila guna beauty blender di atas, confirm hasil akhir solekan jadi on-point dan tak capuk. Selamat mencuba!