Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

“Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!

by Indah Aziz
June 26, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

127
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bulu mata panjang, lebat dan lentik antara sifat kecantikan yang menjadi idaman setiap insan. Tidak kira wanita mahupun lelaki, siapa yang mempunyai aset istimewa ini sering dipandang unik dan digelar memiliki kecantikan semulajadi.

Jika dulu bermacam petua untuk mendapatkan bulu mata yang panjang. Kena cari daun herba, tidak boleh pakai maskara lah dan bermacam lagi tradisional kadang tidak masuk dek akal.

Itu dulu, tapi dengan perkembangan dunia kecantikan seiring sains dan teknologi. Pelbagai perawatan kecantikan boleh didapati dengan mudah termasuklah produk untuk melebatkan bulu mata.

Tak perlu bimbang lagi, kamu hanya perlu sapu sahaja serum bulu mata dan tunggu hasil yang mengagumkan. Nah, DIVA sediakan beberapa jenama serum bulu mata yang gerenti jadi dan berbaloi!

#1 ILASH® Eyelash Conditioning Serum [BELI]

Foto – ILASH

Ramai yang repeat beli serum ILASH® sebab hasil bulu mata memang ketara! Mengandungi bahan-bahan selamat seperti Proprietary Peptide Complex, Vitamin B5, Vitamin C & E dan Hyaluronic Acid. Ia bertujuan untuk menggalakan lagi pertumbuhan bulu mata secara semulajadi.

IKLAN

#2 Velour Lashesh Long & Strong Lash Serum [BELI]

Foto – Pinterest

Siapa yang bulu mata jarang boleh cuba serum dari Velour Lashes. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai mata sensitif. Dalam masa seminggu dua memang nampak bulu mata yang baharu tumbuh.

#3 The Ordinary Multi-Peptide Lash and Brow Serum x 2 [BELI]

Foto – Really Reel

Jangan tak tahu, The Ordinary juga ada produk serum bulu mata dan bulu kening. Ia antara menjadi pujaan dari pengguna jenama penjagaan kulit ini. Serum ini boleh disapu pada waktu pagi dan malam untuk mendapatkan hasil yang berkesan. Paling best, serum ini tidak mempunyai pewangi, tidak melekit dan cepat kering.

#4 Holika Holika Lash Correcting Care [BELI]

Foto – lin ee

Geram dengan bulu mata anda yang pendek dan lemah?! Serum dari Holika Holika boleh bantu mengatasinya. Ia kaya dengan patented peptide dan hyaluronic acid untuk menambah daya bulu mata tumbuh lebih panjang serta sihat.

#5 Etude House My Lash Serum [BELI]

Foto – Etude House

Serum bulu mata Etude House antara yang terawal berada di pasaran! Ia terbukti membantu menyuburkan bulu mata yang rosak akibat pemakaian maskara yang keterlaluan. Kandungan ekstra buah-buahan dan pathenol umpama baja yang terbaik untuk bulu mata lebih lebat, panjang dan lentik.

Ingat, nak dapatkan hasil yang terbaik haruslah konsisten dan sabar. Selamat mencuba!

Tags: jenama serum bulu matapetua bulu mata lebatserum bulu mata
Share51SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    “Semakin Lebat & Lentik” – Ini Serum Bulu Mata Paling Menjadi!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.