Nama Bella Hadid bukan lagi satu yang asing lagi. Dimana-mana sahaja pasti muncul gambar supermodel ini di tingkap butik fesyen mewah.
Pada tahun ini Bella Hadid dan kakaknya, Gigi muncul sebagai model kempen musim bunga Versaca. Ia sebagai simbolik penyatuan keluarga walaupun dalam berbeza stail dan fesyen.
Bukan itu sahaja, Bella juga diberi peluang menyarung baju-baju vintaj milik Versace ketika menghadiri Filem Festival Cannes 2022.
Dari mood stalk DIVA, ada sahaja gambar-gambar menarik dari hasil kerja Versace di kongsi Bella melalui di akaun instagram miliknya.
Adakah ini bermakna Bella Hadid anak emas Donatella Versace? Hmmm…
#1 Diberi penghargaan menyarung vintaj Versace 1987 rekaan sendiri oleh Gianni
#2 Tidak pernah putus mengucap kata ‘syukur’ dan ‘bertuah’ ketika hari jadi Donatella
#3 Sentiasa menjadi pilihan untuk meragakan Versace di pentas utama
#4 Suka kongsi kehidupan disebalik tabir bersama keluarga Versace
#5 Berkali-kali pakai boots koleksi Musim Luruh Versus Versace 2017 dan mesti kena tag Versace!
#6 Sudah banyak kali perasan, gambar bersama Donatella sentiasa ada
#7 Tak dapat jumpa secara fizikal, mesti Bella selit juga wajah Donatella
#8 Tahun 2022 memang Bella Hadid untuk Versace!
#9 Tak kira stail harian mahupun photoshoot, pasti tayang logo ikonik ‘Medusa’
#10 Ramai setuju Bella Hadid umpama dewi dalam persalinan baju Versace FW 2003
Selain Versace, Bella turut bekerja bersama Dior, Jean Paul Gaultier, Michael Kors dan banyak lagi! Tapi bagi DIVA, aura Versace terasa lebih kena dengan personaliti Bella yang sofistikated.
Menurut kamu bagaimana?