Apa kata musim panas ini, tambahkan sedikit sentuhan glamor pada solekan anda? Dengan bantuan Anastasia Beverly Hills (ABH), pasti ramai yang akan terpaku dengan look ‘Hot Summer Girl‘ anda cipta!
DIVA sarankan untuk kamu guna palet berkombo warna yang berikan kilauan pada mata; atau highlighter yang boleh naikkan kesan glow pada wajah.
Tapi apa pun teknik solekan anda nanti, cuba gunakan item baru daripada ABH; dari palet, stick blush pelbagai warna hingga cream bronzer yang boleh bantu cipta look ‘Hot Summer Girl’ paling terbaik!
NOUVEAU PALETTE [RM250]
- Foto – Sephora
Bebas kekejaman dan paraben, palet mata ini merupakan kemas kinian yang terbaik untuk penampilan anda pada musim panas ini. Terdiri daripada 12 rona berpigmen; matte dan metallic, anda boleh cipta gaya kasual atau lebih glamor.
IKLAN
STICK HIGHLIGHTER [RM155]
- Foto – Sephora
Mudah digunakan dan tahan lama, highlighter ini tersedia dalam tiga warna berkilauan; Ice Out, Cognac Diamond dan Dripping In Gold. Yang bestnya, stick highlighter ini tak buat kesan solekan nampak capuk dan tidak melekit.
STICK BLUSHER [RM150]
- Foto – Sephora
ABH yang memperkenalkan 2 warna baru dalam 7 warna sedia ada; Bubble Gum dan Nectarine, bukan saja boleh digunakan pada bahagian pipi. Malah anda boleh sapukannya pada bibir untuk warna yang lebih semula jadi.
CREAM BRONZER [RM165]
- Foto – Sephora
Memperkenalkan warna baru dalam 4 warna sedia ada iaitu Warm Tan, cream bronzer ini sesuai untuk mereka yang berkulit cerah dengan ton merah jambu.
Dapatkan kit ‘Hot Summer Girl‘ daripada Anastasia Beverly Hills di kedai atau dalam talian [Sephora]. Happy shopping!