Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Pernah Jadi Ratu Cantik, Selebriti Ini Wakili Negara Di Persada Dunia

by Soph.Azz
June 22, 2022
Foto - Malaysia Gazette

Foto - Malaysia Gazette

32
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memiliki rupa paras yang menawan dan cantik merupakan satu kelebihan bagi seseorang individu termasuklah mereka ini. Rupa paras yang dimiliki menjadi titik tolak untuk meneruskan kerjaya dalam bidang hiburan sebagai seorang selebriti.

Psst… Sebelum bergelar sebagai seorang selebriti, mereka ini memulakan karier awal serbagai seorang  model. Ada yang wakili negara untuk Miss Universe, Miss World serta Miss Intercontinental di persada dunia.

Menempa nama sebagai pemenang dan mewakili negara sebagai model di peringkat antarabangsa telah menjadi satu ‘tiket’ untuk dikenali dan menjadi perhatian ramai orang. Nah, DIVA kongsikan selebriti yang menempa nama menerusi pertandingan ratu cantik di bawah;

Erra Fazira 

Cantik seperti namanya, Erra Fazira telah mencipta namanya selepas memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 pada usianya 18 tahun. Sejak itu dia makin dikenali dan mula menceburkan diri sebagai seorang pelakon, penyanyi dan pengacara.

View this post on Instagram

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Filem popularnya adalah Sembilu pada tahun 1994 yang membuatkan Erra dikenali sebagai primadona filem Melayu.

Elaine Daly 

Bermula sebagai seorang model, Elaine kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2003. Selepas memenangi pertandingan itu, Elaine terus menceburi bidang lakonan dan pengacaraan disebabkan kefasihan dalam Bahasa Melayu.

View this post on Instagram

A post shared by elainedaly (@elainedaly)

Antara drama dan filem yang dilakonkannya adalah The Red Kebaya, Cuci dan Apa Dosaku.

Kavitha Sidhu 

Dikenali sejak membintangi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam, Kavitha pernah wakili Malaysia dalam pertandingan Miss Charm Intercontinental 1990.

View this post on Instagram

A post shared by Kavita Sidhu (@kavita_sidhu)

Selepas memenangi pertandingan tersebut, dia menjadi antara wakil Malaysia yang pertama menjuarai pertandingan ratu cantik di peringkat dunia.

Dr. Soo Wincci 

Memenangi pertandingan Miss World Malaysia 2008, Dr. Soo Wincci telah mendapat peluang dalam bidang hiburan dengan membintangi beberapa drama tempatan.

View this post on Instagram

A post shared by Associate Prof Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci)

IKLAN

Bukan itu saja, model ini juga merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan lagu ‘Terus Teranglah’ serta pernah menjadi Top5 finalis Masterchef Malaysia.

Deborah Henry

Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah pernah memegang gelaran Miss World Malaysia 2007. Ketika itu dia berjaya meluluskan diri dalam kalangan finalis Top16 di China.

View this post on Instagram

A post shared by Deborah Priya Henry (@deborahenry)

Selain menjadi model, Deborah pernah muncul sebagai pengacara TV iaitu rancangan Bella ntv7. Malah dia juga pernah terlibat dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Rozita Che Wan 

Mesra disapa Che Ta, selebriti ini merupakan seorang pemenang Miss Intercontinental Malaysia 1992 dan pernah wakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

View this post on Instagram

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Walaupun debut sebagai pelakon agak lewat, tetapi lakonannya sering jadi pilihan ramai sehingga membuatkan dia antara barisan pelakon yang popular.

Thanuja Ananthan

View this post on Instagram

A post shared by T H A N U J A (@thanujaananthan)

Memiliki ketinggian melebihi 180cm, selebriti tinggi lampai ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009. Sejak daripada itu, dia ‘dilamar’ untuk menjadi seorang pelakon dan hos.

Jangan lupa saksikan lakonan Thanuja dalam drama Temuan Takdir, Anak Merdeka dan DM Hati Awak.

Tan Sri Michelle Yeoh 

View this post on Instagram

A post shared by Michelle Yeoh 楊紫瓊 (@michelleyeoh_official)

Memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1983, Tan Sri Michelle Yeoh mula lebarkan sayapnya dalam  bidang lakonan. Bukan itu saja, dia juga berjaya menjadi pelakon antarabangsa yang popular.

Filem antarabangsanya yang popular adalah James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian, Shang-Chi dan banyak lagi.

Tak kiralah bangsa apa sekalipun, kecantikan mereka berjaya bawa nama Malaysia ke persada dunia. Tahniah!

Tags: model malaysiaselebriti malaysia jadi modelselebriti model malaysia
Share13SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Pernah Jadi Ratu Cantik, Selebriti Ini Wakili Negara Di Persada Dunia

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.