Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Ikut Rutin Mudah Supermodel Senior Jaga Kulit Kekal Sihat

by Iza B
June 19, 2022
Ikut Rutin Mudah Supermodel Senior Jaga Kulit Kekal Sihat

Foto - Byrdie

169
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kejelitaan supermodel 90’s memang tiada tandingan dengan supermodel kini.

Walaupun mereka sudah hampir mencecah angka 50, tapi ada yang masih lagi aktif dalam dunia peragaan. Bayangkan label jenama mewah terus sahaja meminta mereka menerima job berjalan di pentas fesyen bahkan menjadi pelbagai duta kecantikan.

Seolah tiada perintis supemodel baru pula ya.

Ini sebab mereka tidak pernah putus memelihara kecantikan kulit dan kesihatan mereka. Ingat sebab wajah, kulit dan bentuk tubuh adalah mata pencarian supermodel.

Siapalah yang tidak teringin kelihatan menawan biarpun sudah boleh digelar ‘nenek’. Mari bersama dengan DIVA kita intai apa rutin penjagaan wajah serta kulit yang dilakukan oleh supermodel senior.

#1 Naomi Campbell / 52 tahun

Foto – GQ Italia

Rupanya Naomi memang rajin membersih dan melakukan skrub muka setiap hari. Tapi DIVA nasihatkan anda lakukan skrub 2 atau 3 kali seminggu sudah memadai. Menariknya, Naomi akan mengelak memakai sebarang mekap pada hari dia tidak bekerja. Bila kulit kelihatan berminyak dari biasa, Naomi akan secara konsisten memakai pelembap dan menambah face mask dalam rutin kulit.

#2 Claudia Schiffer / 52 tahun

Foto – Net-a-Porter

Kata Claudia bergantung pada kulitnya juga untuk memilih produk yang digunakan. Adakalanya dia akan memakai skrub untuk membersihkan saki baki solekan. Kaedah melembap kulit pula, Claudia gemar menambah titisan minyak muka kedalam pelembap. Diikuti dengan serum dan krim mata untuk kulit kekal terhidrat.

IKLAN

#3 Cindy Crawford / 56 tahun

Foto – Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic

Ibu kepada model baharu Kaia Gerber ini merupakan supermodel paling berjaya sepanjang zaman! Cindy percaya kualiti dari produk kulit yang mahal adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk kulit. Retinol dan serum memang tidak lekang dari rutin harian. Bahkan, Cindy juga menasihati agar sentiasa aktif, mengambil berat tentang pemakanan yang sihat. Itu kunci utama kulit tampil cantik berseri.

#4 Kate Moss / 48 tahun

Foto – Vogue

Tak rumit langsung tips dari Kate Moss! Dia hanya mengikut rutin asas penjagaan kulit iaitu membersih, serum dan melembap. Kalau rajin dia akan titis produk Decorté Vitality Tincture sebagai essence untuk melengkap lagi hidrasi kulit.  Walaupun ringkas tapi Kate Moss tak pernah tinggal atau bermalasan.

#5 Iman / 67 tahun

Foto – Audacy

Kekal dengan tradisi Somalia, Iman menggunakan masker DIY dari bahan-bahan semulajadi seperti susu, madu dan kunyit. Dia dah mula pakai masker DIY ini sejak dari usia 12 tahun! Pilihan produk kecantikan Iman pula lebih kepada penjagaan mata iaitu Peter Thomas Roth 24k Eye Mask dan essence pitera SK-II yang cukup sinonim dengan wanita berusia.

#6 Heidi Klum / 49 tahun

Foto – Stattgrater Nachritten

Hampir rasa tak percaya, bila Heidi Klum hanya membasuh wajah menggunakan Johnson & Johnson Baby Shampoo! Bagi dia syampu tersebut lembut pada kulit dan mampu membersih kotoran seperti pembersih wajah yang lain. Kemudian seperti biasa, Heidi akan menyapu pelembap dan jika perlu penjagaan yang ekstra dia akan menambah serum dan minyak muka.

Sebetulnya dari usia muda lagi kita harus rajin untuk menjaga kesihatan kulit. Apa kata anda dan DIVA ambil tips diatas sebagai motivasi untuk kekal rajin dan yakin untuk rutin kulit.

Selamat beri inspirasi pada anda!

Tags: kulit supemodelsiapa supermodel seniortips cantik supermodel
Share68SendShare

Artikel Berkaitan

Takut Kulit Kendur? Ini Sebab Kamu Kena Kurangkan Minum Manis
Kecantikan

Takut Kulit Kendur? Ini Sebab Kamu Kena Kurangkan Minum Manis

by Iza B
July 2, 2022
0

Minuman manis bukan sahaja menyegarkan, malah mudah didapati di mana sahaja. Gerai penjaja, kafe kopi hipster dan boleh sedia sahaja...

Baca Lagi
Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu
Kecantikan

Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu

by IamLisa
July 1, 2022
0

Cuba semak semula apa yang kamu makan kalau muka masih tak flawless dan glowing. Kenapa pemakanan penting? Apa yang kamu...

Baca Lagi
“Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit
Kecantikan

“Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit

by Sofie Azizlan
July 1, 2022
0

Sekiranya kamu tak perasan, warna merah merupakan warna yang paling 'hot' dan popular pada tahun ini. Kebanyakan selebriti mewarnakan rambut...

Baca Lagi
Guna Penyepit & Maskara Lebatkan Bulu Mata? Selena Gomez Ajar Trik Genius
Kecantikan

Guna Penyepit & Maskara Lebatkan Bulu Mata? Selena Gomez Ajar Trik Genius

by IamLisa
July 1, 2022
0

Siapa yang mempunyai bulu mata bawah yang pendek, boleh cuba cara Selena Gomez yang viral ini. Kamu perlukan penyepit bulu...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    “Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit

  3. 3

    Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu

  4. 4

    Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu

  5. 5

    Ikon Fesyen ‘Plus Size’, Sherry Alhadad Berani Cuba Banyak Gaya Untuk Jadi Unik!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.