Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

#DIVAKongsi Senarai Buku Selebriti Wajib Habis Baca Tahun Ini!

by Iza B
June 19, 2022
#DIVAKongsi Senarai Buku Selebriti Wajib Habis Baca Tahun Ini!

Foto - We All Hearts

13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Cabar diri anda untuk menghabiskan lebih banyak membaca buku dari screen-time media sosial!

Setiap dari diri kita pasti meminati genre bacaan tertentu, samalah seperti menonton filem atau mendengar muzik. Banyak cabang penulisan yang membantu kita berada diluar sempadan hidup. Orang kata bila membaca buku, umpama kita telah berhijrah ke tempat lain.

Bagi seorang bibliophile mesti ada sahaja buku ingin dijadikan koleksi. Sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, ada beberapa buah buku hasil nukilan selebriti yang wajib menjadi bacaan anda.

Ia banyak menceritakan kisah latar belakang kehidupan mereka sebelum berjaya di pentas dunia. Ada yang boleh buat kita ketawa, menangis dan sudah tentu menjadikan kita lebih dekat dengan mereka.

Ini pilihan buku DIVA yang harus ada dalam perpustakaan mini anda;

#1 Trevor Noah – Born To Crime

Foto – The Book Castle

Kisah suka duka yang penuh dengan pengajaran di sebalik hidup kanak-kanak pelawak terkenal Trevor Noah. Siapa sangka buku hidup berkisarkan kekejaman Arpatheid di Afrika Selatan boleh jadi penghibur. Setiap yang duka, Trevor mendidik pembaca untuk mencari yang positif.

IKLAN

#2 Jessica Simpson – Open Book

Foto – The New Yorker

Penulisan terbaru dari ratu pop Jessica Simpson yang telah lenyap dari radar pentas nyanyian. Banyak perkara yang tersingkap dari setiap helaian yang dikongsi oleh Jessica. Begitu jujur dengan kesilapan, kesusahan dan waktu diri terumbang-ambing dengan gosip liar. Ulasan dari pembaca, rata-rata salute dengan Jessica Simpson dan cukup berpuas hati dengan buku ini.

#3 Michelle Obama – Becoming

Foto – The Lily

Tinta kehidupan seorang isteri bekas Presiden Amerika Syarikat ke-44. Mainan politik dalam buku ini mungkin sekadar 10% tapi yang lain-lain tentang kehidupan miskin yang telah menaikkan siapa Michelle Obama. Dengar kata, ramai yang menangis bila membaca ‘Becoming’. Salah satu buku inspirasi untuk semua orang dewasa yang tercicir dalam kehidupan kanak-kanak. You matter! 

#4 Scrappy Little Nobody – Anna Kendrick

Foto – Tom + Lorenzo

Buku yang pelik, kasar dan terbuka dari pelakon Anna Kendrick. Nampaknya Anna membuka pekung tentang perjalanan dia dalam dunia hiburan Hollywood. Bahkan tentang seksualiti dia turut cerita dan ramai yang boleh berkait tentang kisah itu. Berminat?

#5 Drew Barrymore – Wildflower

Foto – The Book Castle

Ini bukanlah biografi penuh tenatng Drew Barrymore tapi lebih kepada pengalaman hidup sewaktu bergelar kanak-kanak. Tak sangka, sinonim dengan tajuk buku ‘Wildflower’ Drew banyak mengaitkan alam semulajadi dalam moment kehidupannya. Buku bersifat ceria, positif dan motivasi sesuai untuk jadi bacaan ringan harian.

#6 Ali Wong – Dear Girls

Foto – Read Brightly

Buku hasil pelawak Ali Wong memang jadi fenonema kerana ia cukup relatable untuk mana-mana wanita seluruh dunia. Tidak seperti selebriti lain, Ali menggunakan penceritaan seperti menulis surat untuk kedua anak perempuannya. Segala nasihat tentang pekerjaan, hubungan seksual, percintaan, perkahwinan dan banyak lagi. Tapi ia tulisan yang cukup segar, moden dan kelakar!

Selamat membaca dan melayari dunia baru!

Tags: buku biografi selebritibuku selebriti terbaikbuku tulisan artis
Share5SendShare

Artikel Berkaitan

Lihat Rambut Baru Gigi & Bella Hadid Untuk Marc Jacobs, Betul Cukur Ke?
Selebriti

Lihat Rambut Baru Gigi & Bella Hadid Untuk Marc Jacobs, Betul Cukur Ke?

by Sofie Azizlan
June 30, 2022
0

"Apa-apa sahaja untuk Marc"- Gigi Hadid. Daripada braids dan slicked back ponytail kepada baby bangs; adik beradik supermodel ini sekali...

Baca Lagi
Inspirasi Ibu Moden, Neelofa Kongsi Kenapa ‘Sleep Training’ Penting Untuk Bayi
Selebriti

Inspirasi Ibu Moden, Neelofa Kongsi Kenapa ‘Sleep Training’ Penting Untuk Bayi

by Sofie Azizlan
June 28, 2022
0

Rasanya macam baru sangat dengar berita tentang Neelofa melahirkan putera sulungnya, Muhammad Bilal. Rupa-rupanya sudah empat bulan selebriti ini menjadi...

Baca Lagi
[FOTO] 6 Bukti Kecantikan Mery Streep Tak Terjejas Walaupun Usia 73 Tahun
Selebriti

[FOTO] 6 Bukti Kecantikan Mery Streep Tak Terjejas Walaupun Usia 73 Tahun

by Sofie Azizlan
June 27, 2022
0

Selamat hari jadi kepada 'Queen of Fresh Beauty Look'! Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-73, DIVA ambil peluang ini untuk...

Baca Lagi
10 Gambar Instagram Bukti Bella Hadid Anak Emas Versace
Selebriti

10 Gambar Instagram Bukti Bella Hadid Anak Emas Versace

by Iza B
June 26, 2022
0

Nama Bella Hadid bukan lagi satu yang asing lagi. Dimana-mana sahaja pasti muncul gambar supermodel ini di tingkap butik fesyen...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    “Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit

  3. 3

    Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu

  4. 4

    Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.