Terkini daripada SKECHERS, jenama kasut popular ini memperkenalkan koleksi terbaru iaitu Foamies. Direka berdasarkan siri sandal dan slip-on, kasut ringan ini membawa gaya kasual yang sesuai untuk setiap orang dan situasi.
Koleksi Foamies menampilkan teknologi kasut SKECHERS; insoles Arch Fit dan teknologi tapak kasut luar Comfort Pillar dibina dengan dual-density foam yang beri keselesaan maksimum pada kaki.
Foamies Arch Fit & Arch Fit Footsteps
Rangkaian Arch Fit menawarkan pelbagai jenis gaya kasut bermula dari sandal, clogs hingga thong sandal untuk lelaki dan wanita. Manakala Arch Fit Footsteps hanya dikeluarkan khas untuk wanita.
- Foamies Arch Fit Lelaki [Saiz US7-12 / RM219]
- Foto – SKECHERS
- Foamies Arch Fit Wanita [Saiz US5-10 / RM219]
- Foto – SKECHERS
- Foamies Arch Fit Footsteps Wanita [Saiz US5-10 / RM199] | Arch Fit Ascend Wanita [Saiz US5-10 / RM179]
- Foto – SKECHERS
Foamies Clogs & Max Cushioning
Khas untuk wanita sahaja, rekaan semula classic clog-style slides memberikan keselesaan dan gaya baru pada anda. Rangkaian Max Cushioning pula mesra air dengan bahagian atasnya EVA fleksibel dan tapaknya adalah platform kusyen ULTRA GO® yang menyokong kaki.
- Foamies Clogs [Saiz US5-10 / RM199]
- Foto – SKECHERS
- Foamies Max Cushioning [Saiz US5-10 / RM299]
- Foto – SKECHERS
Foamies Zaggle & Guzman Steps
Rangkaian Guzman Steps iaitu kasut slip-on dikeluarkan dalam tiga siri berbeza, manakala Zaggle yang hanya untuk kanak-kanak lelaki dikeluarkan dalam gaya clog,
- Foamies Zaggle Kanak-Kanak Lelaki [Saiz US1-5, 11-13 / RM179]
- Foto – SKECHERS
- Foamies Guzman Steps [Saiz US1-5, 11-13 / RM139]
- Foto – SKECHERS
SKECHERS Foamies dijual di web [SKECHERS], [Lazada], [Shopee] dan kedai terpilih; 1Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Kuala Lumpur, Mitsui Lalaport BBCC Kuala Lumpur, The Intermark Mall, Sunway Pyramid, Suria KLCC, Aeon Big Wangsa Maju, IOI City Mall, gateway@klia2, Sunway Big Box Retail Park Lotus’s Tebrau, 1st Avenue Mall, Aeon Bukit Mertajam, Gurney Plaza, Queensbay Mall dan Sunway Carnival.
# Main & Rebut Baucer Daripada SKECHERS!
Bermula Jun-Julai 2022, pop-up booth ‘Foamies On Wheels’ oleh SKECHERS dibuka bersempena dengan pelancaran koleksi barunya. Di booth ini, jangan lupa untuk dapatkan hadiah percuma. Bagi sesiapa yang menyertai permainan digitalnya di booth tersedia akan menerima e-baucar SKECHERS.
- Foto – SKECHERS
Pop-up booth ‘Foamies On Wheels’:
- 17-19/6/2022: Pintu Masuk Galeri Starhill KL (11pagi-7malam)
- 24-26/6/2022: Surf Beach Sunway Lagoon (10pagi-6petang)
- 1/7/2022: SunwayCarnival Mall Penang (10pagi-2petang)
- 1/7/2022: Kompleks Bayu Senja @ Pantai Batu Feringghi Penang (4petang-7petang)
- 2/7/2022: Alfresco @Gurney Plaza Penang (10pagi-2petang)
- 2/7/2022: Kompleks Bayu Senja @ Pantai Batu Feringghi Penang (4petang-7petang)
- 3/7/2022: Hin Bus Depot Penang (11pagi-5petang)
*Tertakluk pada terma dan syarat.