Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Tak Yakin Sebab Peha Besar? 3 Tips Fesyen Khas Untuk Kamu

by Iza B
June 18, 2022
Tak Yakin Sebab Peha Besar? 3 Tips Fesyen Khas Untuk Kamu

Foto - LiveKindly

38
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mungkin ada sebilangan dari kita rasa malu dan tidak yakin dengan saiz pinggul dan peha yang lebar. Ia jadi punca halangan untuk kita mengikut gaya fesyen terkini, terutamanya bila tiba musim jeans, leggings dan skirt.

Kalau boleh tak mahu ada mata yang memandang dan menghakimi bentuk tubuh kita. Biasalah, kita tidak boleh lari dengan perasaan sebegitu.

Namun, apa yang DIVA mahu bantu ialah untuk mengembalikan keyakinan kamu. Hey, kenapa mahu jadi mangsa fesyen atas sebab saiz kaki yang tidak serupa supermodel?!

Jadi ada 3 perkongsian tips fesyen yang ringkas untuk anda yang mempunyai peha besar. Ia akan menjadi penyelamat dan bakal mengubah almari anda kepada outfit ‘mesra peha’.

#1 Fokus pada ‘upper body’

Bawa fashion sense kamu pada bahagian atas tubuh. Beri tumpuan pada potongan leher, corak, fabrik pakaian serta aksesori.

Foto – People / Pinterest

Pilih potongan baju menonjolkan bahu dan lengan anda seperti off-shoulder, boatneck, highneck dan pelbagai lagi. Bagi corak dan fabrik baju pula, sebaiknya fabrik yang ringan dan beralun. Elakkan memakai baju bercorak besar, melintang atau berwarna-warni.

Kamu harus bijak bermain dengan aksesori. Pilih rantai, subang, kaca mata mahupun topi sebagai pengalih tumpuan.

IKLAN

#2 Potongan seluar yang terbaik

Tidak semua orang yakin untuk tuck-in baju bukan? Namun jika anda ingin mencuba stail begini wajib menyarung jeans atau seluar yang longgar. Ini supaya tidak muncul kelibat bentuk ‘camel toe’ yang menyebabkan orang sekeliling tidak selesa. Ingat, dalam memilih pakaian juga ada adabnya.

Foto – Pinterest / CelebMafia

DIVA cadang untuk anda tambah koleksi jeans potongan boyfriend jeans, straight cut atau wide cut seperti palazzo.

Foto – Pinterest

Baiklah, anda mahu juga pakai leggings atau biker pants macam Billie Eillish. Tiada masalah pun tapi padankan bersama blaus atau t-shirt longgar dan labuh. Barulah gaya anda nampak seimbang dan ya anda pun tampil yakin saja.

#3 Nak pakai high heels?

Sebenarnya, siapa yang peha besar beruntung sebab kelihatan lebih menarik bila memakai kasut tumit tinggi. Ia akan memberi ilusi kaki lebih panjang dan kecil lebih lagi anda memakai seluar jenis straight cut.

Foto – Us Weekly / Pinterest

Tumit yang terbaik untuk anda ialah kasut tumit tinggi jenis blok atau wedge. Ia turut memberi keselesaan semasa berjalan atau berdiri.

Keyakinan dalam memilih pakaian bukan sahaja bergantung pada personaliti atau karakter seseorang. Bentuk tubuh badan dan usia juga antara faktor yang perlu diambil kira supaya gaya atau stail yang ingin ditonjolkan seimbang dan ada kelas tersendiri.

DIVA berharap tips diatas dapat memberi pencerahan kepada anda yang kerap dilema dalam berfesyen gara-gara berstatus peha besar.

Tags: fesyen peha besarseluar peha besartips peha besar
Share15SendShare

Artikel Berkaitan

Gelang, Rantai & Subang Gaya ‘Hardware’, Jom Intai Rekaan Brand Paling Cantik!
Fesyen

Gelang, Rantai & Subang Gaya ‘Hardware’, Jom Intai Rekaan Brand Paling Cantik!

by Iza B
July 2, 2022
0

Trend pakai barang kemas atau aksesori semakin menjadi-jadi bukan? Bila barang kemas sudah jadi ramai permintaan ramai, sudah tentu pelbagai...

Baca Lagi
Ikon Fesyen ‘Plus Size’, Sherry Alhadad Berani Cuba Banyak Gaya Untuk Jadi Unik!
Fesyen

Ikon Fesyen ‘Plus Size’, Sherry Alhadad Berani Cuba Banyak Gaya Untuk Jadi Unik!

by Sofie Azizlan
July 1, 2022
0

"Plus size dan fesyen"- Tak dinafikan ramai yang fikir mereka ini tidak mempunyai banyak pilihan untuk bergaya macam orang lain....

Baca Lagi
Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu
Fesyen

Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu

by IamLisa
July 1, 2022
0

Barbie di mana saja! Barbie adalah ikon bagi kebanyakan kanak-kanak kerana miliki rupa paras cantik, tubuh yang langsing, boleh bergaya...

Baca Lagi
Sertai Krew Minion Dengan Tampalan Eksklusif Di Levi’s® Tailor Shop Ini
Fesyen

Sertai Krew Minion Dengan Tampalan Eksklusif Di Levi’s® Tailor Shop Ini

by Sofie Azizlan
July 1, 2022
0

Ada yang sudah tonton filem "Minions: The Rise of Gru"? Gru dan krew jahatnya kini kembali memeriahkan pawagam dengan filem...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    “Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit

  3. 3

    Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu

  4. 4

    Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu

  5. 5

    Tak Pakai Mekap Pun Glowing, Ini Yang IU Lakukan Untuk Jaga Muka

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.