Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Lepas Guna COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser, Ini Yang DIVA Rasa

by Lisa AG
June 17, 2022
Foto - COSRX

Foto - COSRX

186
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Patutlah jadi pilihan beauty guru, sekarang DIVA dah tahu rahsia untuk dewy dan glow!

Hari ini, penulis ingin berkongsi buah fikiran setelah menggunakan COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser hanya dua minggu (guna adik punya, bila dah best terus beli di Watsons).

Menurut pemerhatian, peminat COSRX sukakan pembersih ini kerana kandungan pH yang rendah, dan COSRX merumuskan pembersih dengan pH 5.

Apa yang dimaksudkan dengan pH? pH kulit secara semula jadi sedikit berasid (aka pH 4.5). Pembersih cenderung lebih kepada alkali semula jadi (pH 6-12) kerana kealkalian adalah yang membantu menghilangkan kotoran.

Malangnya, kealkalian pembersih adalah perkara yang boleh mengeringkan dan merengsakan kulit, dan menyebabkan rasa tegang dan tidak menyenangkan. Jadi, supaya kulit berada dalam keadaan baik, lagi-lagi untuk yang jenis kulit sensitif, pembersih pH rendah adalah satu kemestian.

Sangat Lembut walaupun untuk yang kulit sensitif

Penulis mempunyai jenis kulit sensitif, jadi bila pertama kali menggunakan pembersih ini, penulis tertawan dengan tekstur gel yang lutsinar. Ia berbau tea tree, hampir seperti ubat. Tapi baunya sangat semula jadi dan tidak wangi, malah tidak berlarutan.

IKLAN

Foto – COSRX

Walaupun picit sedikit tapi ia mengeluarkan buih dengan rasa lembut bila apply ke muka. Bila dibilas, kulit terasa lembut dan langsung tidak merengsakan. Walaupun ada yang memberi reaksi kulit mereka terasa kering, tapi tidak pada penulis.

Lembut, lembap dan segar semacam, memang puas hati dan gembira sangat.

Kandungan bahan ‘mesra’ kulit sensitif

Tea Tree Leaf Oil adalah antiseptik yang hebat dan boleh melegakan serta merawat jerawat manakala Betaine Salicylate ialah pengelupasa kimia semula jadi yang mengekalkan pori-pori anda, bebas daripada sel-sel kulit mati yang bersembunyi di dalam dinding liang pori.

Foto – COSRX

Walaupun pembersih ini sebenarnya bagus untuk semua jenis kulit, penulis ingin menyatakan bahawa ia adalah pilihan yang baik untuk jenis kulit sensitif dan kering kerana pH mesra kulit 5. Ia juga berfungsi untuk jenis kulit berjerawat/berminyak kerana bahan-bahan yang mesra pori.

Bila dah dua minggu menggunakan pembersih ini, kulit terasa lembut, dewy (lembap berkilat-kilat yang menyenangkan), dan breakout mulai hilang perlahan-lahan menjadikan ia licin.

Overall, penulis memang puas hati! Nak beli, boleh dapatkan di Shopee, Hermo, atau walk-in saja di Watsons.

Tags: cosrxcosrx low ph good morning gel cleanserkandungan pH
Share74SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Lepas Guna COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser, Ini Yang DIVA Rasa

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.