Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Hailey Bieber Guna ‘Peptide’ Dalam Produk Skincare, Ini Manfaatnya

by IamLisa
June 16, 2022
Hailey Bieber Guna ‘Peptide’ Dalam Produk Skincare, Ini Manfaatnya

Foto - IG @rhode

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Rahsia glowing Hailey Bieber terbongkar dengan kelahiran produk penjagaan wajah sulungnya ‘rhode’.

Baru sahaja melancarkan rhode kepada dunia, Hailey teruja nak berkongsi rahsia dia mengekalkan kulit wajah yang bersih dan berseri-seri. rhode terdiri daripada tiga produk, Peptide Glazing Fluid, serum-gel yang menghidratkan, Barrier Restore Cream dan Peptide Lip Treatment.

Kalau dilihat pada setiap produk, Hailey menggunakan ‘peptide’ sebagai ramuan utama. Dan kata Hailey, dia mempercayai manfaat peptide pada kulitnya.

View this post on Instagram

A post shared by rhode skin (@rhode)

Mesti kita nak tahu apa manfaat peptide pada kulit? Inilah yang nak DIVA bincangkan pada semua.

IKLAN

Dipetik dari Medical News Today, peptide ialah versi protein yang lebih kecil. Banyak produk kesihatan dan kosmetik mengandungi peptide yang berbeza untuk pelbagai kegunaan, seperti anti-penuaan, anti-radang atau pembinaan otot.

Lebih spesifik, peptide ialah asid amino yang membentuk protein tertentu yang diperlukan oleh kulit. Jadi penambahan peptide boleh merangsang kulit kamu untuk membuat kolagen. Lebih banyak kolagen boleh membawa kepada kulit yang lebih tegang dan kelihatan lebih muda.

Skin barrier bertambah baik

Skin barrier ialah penghalang terhadap bakteria, sinaran ultraungu, pencemaran dan toksin. Skin barrier boleh rosak akibat pengelupasan berlebihan, pendedahan kepada asap rokok dan pencemaran lain. Di sinilah peptide membantu membina skin barrier yang lebih kuat.

Kedutan berkurangan

Kolagen boleh menggebukan kulit dan bibir. Apabila kulit lebih tegang dan gebu, kedutan dan garis-garis halus akan kurang kelihatan.

Kulit lebih anjal

Peptide juga membentuk serat elastin, sejenis protein. Serat ini menjadikan kulit kelihatan lebih tegang dan anjal.

Meredakan keradangan

Peptide boleh membantu meredakan keradangan, membaiki kulit yang rosak dan menyekatakan tona kulit.

Membantu membersihkan jerawat

Sesetengah peptide adalah antimicrobial, bermakna ia boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.

Buat masa ini, rhode skincare masih belum membuat penghantaran antarabangsa, hanya meliputi Amerika Syarikat. Tapi mereka akan update untuk info lanjut.

Tags: hailey bieberpeptiderhode skincare
Share6SendShare

Artikel Berkaitan

Takut Kulit Kendur? Ini Sebab Kamu Kena Kurangkan Minum Manis
Kecantikan

Takut Kulit Kendur? Ini Sebab Kamu Kena Kurangkan Minum Manis

by Iza B
July 2, 2022
0

Minuman manis bukan sahaja menyegarkan, malah mudah didapati di mana sahaja. Gerai penjaja, kafe kopi hipster dan boleh sedia sahaja...

Baca Lagi
Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu
Kecantikan

Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu

by IamLisa
July 1, 2022
0

Cuba semak semula apa yang kamu makan kalau muka masih tak flawless dan glowing. Kenapa pemakanan penting? Apa yang kamu...

Baca Lagi
“Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit
Kecantikan

“Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit

by Sofie Azizlan
July 1, 2022
0

Sekiranya kamu tak perasan, warna merah merupakan warna yang paling 'hot' dan popular pada tahun ini. Kebanyakan selebriti mewarnakan rambut...

Baca Lagi
Guna Penyepit & Maskara Lebatkan Bulu Mata? Selena Gomez Ajar Trik Genius
Kecantikan

Guna Penyepit & Maskara Lebatkan Bulu Mata? Selena Gomez Ajar Trik Genius

by IamLisa
July 1, 2022
0

Siapa yang mempunyai bulu mata bawah yang pendek, boleh cuba cara Selena Gomez yang viral ini. Kamu perlukan penyepit bulu...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    “Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit

  3. 3

    Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu

  4. 4

    Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu

  5. 5

    Ikon Fesyen ‘Plus Size’, Sherry Alhadad Berani Cuba Banyak Gaya Untuk Jadi Unik!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.