Pencinta dan pengumpul emas, psst… DIVA ada berita baik untuk anda!
Pada sepanjang bulan Jun 2022, jenama barangan kemas tempatan iaitu HABIB melancarkan Pesta Emas. Bertempat di semua bilik pamerannya, HABIB menawarkan harga emas berpatutan sambil memberi pendedahan tentang kepentingan memiliki logam berharga ini.
Semasa pesta ini, HABIB menawarkan pelbagai koleksi barangan kemas emas bermula daripada 999 hingga 375. Manakala jongkong emas 999 ditawarkan dalam pelbagai berat bermula 1gm hingga 1kg. Koleksi terhad syiling wafer emas 99 pula ditawarkan dengan berat 0.2g dalam pelbagai motif yang unik.
Koleksi Oro Italia 916 Jadi Pilihan!
Bagi rekaan yang unik dan eksklusif, Koleksi Oro Italia 916 HABIB yang dihasilkan di Itali dibuat menggunakan tangan dan mesin berteknologi tinggi menerusi pelbagai proses.
- Foto – HABIB
Antaranya adalah proses cataphoresis lacquer yang dapat mengubah warna emas tanpa menganggu beratnya. Proses ini boleh ubah warna emas kepada putih, merah jambu, hijau, ungu mahupun biru.
IKLAN
Lebih istimewa tentang koleksi Oro Italia 916 ini, potongan berlian yang ada di permukaannya menjadikan koleksi ini lebih menarik dan mewah. Koleksi ini boleh dimiliki dalam pelbagai saiz dan usia bermula dari kanak-kanak hingga dewasa.
HABIB Ajar Cara Jaga Dengan Betul
Dengan pelbagai rekaan barangan kemas di pasaran, HABIB berkongsi tips penjagaan barangan kemas yang mudah agar aksesori ini sentiasa kelihatan berkilau;
- Foto – HABIB
- Untuk memastikan barangan kemas tidak tercarik pada pakaian, tanggalkan barangan kemas terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian.
- Elakkan sentuhan langsung barangan kemas dengan cecair seperti bahan kimia, wangian, barangan kosmetik dan lain-lain untuk mengekalkan kualiti dan kilauan.
- Bersihkan barangan kemas dengan kerap. Gunakan berus lembut untuk mencuci di dalam larutan air sabun kemudian bilas dengan air suam yang bersih. Keringkan barangan kemas menggunakan kain lembut yang tidak berbulu sebelum menyimpannya. Bagi memudahkan para pelanggan, HABIB turut menawarkan perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma.
- Bagi mengelakkan kesan calar pada barangan kemas, elakkan bersentuhan dengan barangan kemas lain dan tanggalkannya sebelum melakukan aktiviti lasak dan sebelum tidur.
Perkhidmatan Lain Di HABIB
Selain daripada membeli emas, HABIB turut menawarkan pelbagai jensi perkhidmatan untuk barangan kemas seperti;
- Foto – HABIB
- Menukarkan barangan kemas lama kepada yang baharu ataupun kepada tunai.
- Perkhidmatan penilaian barangan kemas juga ditawarkan dan ada juga perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma.
- Perkhidmatan mengubah saiz barangan kemas seperti cincin yang telah terlalu kecil untuk dibesarkan, ataupun rantai tangan yang perlu dipanjang ataupun dipendekkan.
- Perkhidmatan proses penyaduran elektrik ‘electroplating’ dan mengilap ditawarkan untuk membuatkan barangan kemas lama kelihatan seperti baharu.
- Perkhidmatan mengukir dan menindik telinga juga terdapat di HABIB.
Layari laman web [HABIB], [Instagram] dan [Facebook] untuk maklumat berkenaan Pesta Emas HABIB 2022