Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Ritual Penjagaan Diri, BLACKPINK Jennie Amal 8 Tips Ini Setiap Hari

by Soph.Azz
June 15, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

30
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tak dinafikan bila bergelar sebagai seorang selebriti K-Pop yang popular, waktu harian akan dipenuhi dengan pelbagai jadual aktiviti yang padat. Tak terlepas daripada kerjanya sebagai penyanyi dan model, BLACKPINK Jennie dedah dia ‘wajib’ lakukan rutin penjagaan diri setiap hari.

Disebabkan Jennie pernah mengalami kecederaan ligamen sehingga terpaksa memakai cast di kaki, dia mula mengambil serius akan penjagaan diri.

Menerusi Youtube ‘Jennierubyjane Official‘, Jennie memuat naik video ritual penjagaan dirinya. Bukan itu sahaja, dalam video tersebut dia berkongsi tips yang dia lakukan setiap hari untuk pastikan dia sentiasa cergas dan sihat.

#1 ‘Speed Comes First’

Foto – Jennierubyjane Official (YouTube)

Kata Jennie pada hari kerjanya, dia akan cuba tanggalkan solekan dengan cepat sebelum pulang ke rumah. Di rumah pula, dia akan mandi, keringkan rambut dan pakai pakaian dengan cepat untuk tidur awal.

#2 Sentiasa Lakukan Regangan 

Foto – Jennierubyjane Official (YouTube)

Disebabkan mudah cedera dan cepat letih, Jennie sentiasa melakukan regangan dengan foam roller yang menjadi item wajib untuknya setiap hari. Malah dia juga akan bawa foam roller tersebut bersama dengannya jika ada kerja di luar negara.

#3 Penting Untuk Jaga Kulit Kepala 

Dedah Jennie, sejak kecil lagi ibunya sudah mengajarnya untuk menjaga kulit kepala. Untuk menjaganya setiap hari, Jennie akan urut kulit kepalanya dengan pengurut kepala.

Foto – Jennierubyjane Official (YouTube)

Kalau nak hilangkan stress, Jennie syorkan untuk letak aromaterapi di kulit kepala dan urut guna pengurut kepala.

#4 Hilangkan Kekejangan Dengan Penggelek Urut 

Rasanya ramai yang sedia maklum penyanyi ini mudah mendapat kekejangan ketika melakukan latihan atau persembahan.

Foto – Jennierubyjane Official (YouTube)

Jadi untuk hilangkan kekejangannya, dia akan gunakan penggelek urut. Kebiasaannya dia akan urut pada bahagian betisnya.

IKLAN

#5 Bibir Sihat & Mungil Dengan Skrub Bibir 

Apabila kerap menggunakan dan menukar gincu ketika bekerja, Jennie terpaksa membersihkan bibirnya menggunakan tisu basah yang membuatkan bibirnya jadi kering dan mengelupas.

Foto – Jennierubyjane Official (YouTube)

Sebaik sahaja pulang daripada kerja, Jennie akan skrub bibirnyauntuk pastikan bibirnya sentiasa sihat dan tidak mengelupas.

#6 Penjagaan Badan Penting 

Bagi melembapkan dan melembutkan kulit badan, Jennie akan menggunakan bath bomb yang beraroma vanila. Katanya bau bath bomb tersebut dapat berikan dia ketenangan semasa mandi.

Foto – Jennierubyjane Official (YouTube)

Bukan itu sahaja, dia juga akan pastikan untuk skrub badan dan guna losyen tangan atau badan untuk lebih kelembapan. Dia juga mempunyai losyen tangan dalam bentuk keychain pada begnya.

#7 Tenangkan Diri Dengan Bauan Seperti Di Rumah

Memandangkan Jennie tinggal bersama anjingnya iaitu Kuma, dia tidak dapat membakar colok. Jadi apabila dia berada di luar rumah atau bekerja di luar negara, dia akan bawa colok tersebut. Katanya bau itu dapat tenangkan fikirannya dan buatkan dia rasa seperti berada di rumah.

Foto – Jennierubyjane Official (YouTube)

Sensitif dengan bauan, penyanyi ini sangat sukakan bau buah-buahan (lemon dan citrus), jasmine, baby powder dan bau alam semula jadi (kayu dan earthy).

#8 Kurangkan Screen-Time Sebelum Tidur 

Sama seperti orang lain, Jennie akan pastikan dia kurangkan screen-time sebelum tidur. Untuk alihkan perhatiannya, Jennie akan mendengar muzik atau membaca buku sehingga tertidur.

Psst… Untuk siapa yang sentiasa sibuk dengan kerjanya, bolehlah cuba ikuti ritual penjagaan diri Jennie di atas.

Tags: blackpink jenniejennie kimrutin penjagaan diri blackpink jennie
Share12SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ritual Penjagaan Diri, BLACKPINK Jennie Amal 8 Tips Ini Setiap Hari

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.