Di Malaysia bila adanya pakaian renang yang sesuai dengan saiz besar, ada pula yang menjualnya secara one-piece suit, bikini atau two-piece. Malah ada juga yang jual pakaian renang yang terlalu pendek atau tanpa lengan.
Memandangkan isu ini tidak pernah selesai, jenama pakaian wanita iaitu LILIT. memperkenalkan pakaian renang saiz besar.
Bukan saja kamu boleh dapatkannya dalam pelbagai jenis saiz, malah ianya sangat selesa dan sopan untuk dipakai terutamanya wanita muslimah.
Pelbagai Saiz Dari Pakaian Renang Hingga Ke Tudung
Rangkaian pakaian renang LILIT. dalam barisan Activewear ini mempunyai elemen praktikal; tali cerut dan lampiran yang boleh membuatkan kamu selesa walaupun berada dalam air!
-
Set Pakaian Renang
Bahagian atas (baju) dan bawah (seluar) dicantum untuk elakkan ia terselak ketika berada dalam air. Set pakaian renang ini dikeluarkan dalam 4 warna; Hitam, Mauve, Navy Blue dan Kelabu.
-
Tudung Renang
Sesuai untuk aktiviti berenang, tudung renang ini didatangi dengan sama ada zip, gesper atau tali cerut di bahagian belakang. Tujuannya adalah untuk elak daripada tudung terselak dan nampakkan leher semasa berada dalam air. Tudung yang diperbuat daripada Spandex dan Nylon ini tidak akan berkedut dan selesa untuk dipakai lama.
-
Baju & Seluar Renang (restock)
Rekaan yang berlapis dengan zip yang mesra untuk penyusuan, baju dan seluar renang ini sangat ringan, boleh diregangkan dan menggunakan fabrik yang cepat kering. Untuk pakaian ini, kamu boleh dapatkan;
- Baju berlapis dalam 4 warna; Hitam, Dark Olive, Navy Blue dan Kelabu.
- Loose Fit Top dalam 4 warna; Hitam, Plum, Navy Blue dan Kelabu.
- Attached Half Skirt Leggings (sepasang) dalam 4 warna; Hitam, Plum, Navy Blue dan Kelabu.
- Slim Fit Swim Pants (sepasang) dalam 4 warna; Hitam, Dark Olive, Navy Blue dan Kelabu.
Koleksi pakaian renang saiz besar ini boleh didapati dalam [talian], aplikasi atau di kedai LILIT.
Kedai LILIT; KL East Mall, IOI City Mall, Bangsar Village II, Setia City Mall & Haji Lane Singapore.