Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

#DIVAKongsi Bahan ‘Pelik’ Dalam Skincare Korea Ini Ada Manfaatnya

by Soph.Azz
June 13, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

24
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bercakap soal produk Korea Selatan, tak kiralah solekan atau skincare pasti produknya jadi pilihan utama orang ramai. Bukan apa, Korea Selatan boleh dikatakan antara negara yang paling pantas dan canggih dengan teknologinya. Jadi tak hairanlah kenapa ramai yang sukakan produk Korea Selatan terutamanya skincare.

Malah saintis Korea Selatan pula sememangnya terkenal dengan kepakaran mereka untuk menginovasi setiap produk skincare. Menggunakan bahan-bahan premium dan terbaik, mereka berjaya hasilkan produk yang sesuai mengikut keperluan jenis kulit setiap orang.

Tapi dalam menghasilkan skincare yang terbaik, ada beberapa bahan yang DIVA rasa agak ‘pelik’ digunakan dan jarang-jarang kita jumpa seperti minyak kuda, lendir siput dan sebagainya. Kalau nak tahu skincare Korea Selatan yang popular gunakan bahan-bahan ‘pelik’ ini, semak di bawah;

Lendir Siput

Fikirkan siput saja pun sudah geli, inikan pula nak guna lendirnya. Walaupun macam pelik tapi perkara ini adalah benar dan sedang berlaku.

Foto – Watsons

Berdasarkan kajian yang dibuat, lendir siput sememangnya kaya dengan pelbagai manfaat yang baik untuk kulit wajah. Antaranya adalah melembapkan, kekalkan keanjalan kulit, cegah dan kurangkan kedutan serta jerawat.

Produk skincare saranan DIVA untuk kamu cuba: COSRX Advanced Snail 92 Cream.

Minyak Kuda

Siapa sangka minyak kuda boleh jadi berguna untuk rawat kulit kan?

Foto – Koin Shop

Minyak kuda dalam skincare boleh menjadi bahan terbaik untuk anti-penuaan dan anti-bakteria. Malah ia juga boleh berfungsi untuk menghidratkan kulit, kurangkan keradangan dan mengecilkan pori-pori terbuka.

Produk skincare saranan DIVA untuk kamu cuba: APLB Daily Moisture Horse Oil Cream.

Rumpai Laut 

Selain digunakan dalam masakan, rumpai laut juga sering digunakan sebagai salah satu bahan dalam produk skincare.

IKLAN

Foto – innisfree

Rumpai laut mengandungi bahan semula jadi seperti kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral yang tinggi. Dalam skincare, rumpai laut dipercayai mampu mencegah penuaan, berikan kelembapan yang berpanjangan dan nutrisi. Bukan itu saja, pelbagai masalah kulit pun dapat diatasi.

Produk skincare saranan DIVA untuk kamu cuba: innisfree Seaweed Capsule Recipe Pack.

Racun Lebah 

Skincare yang mempunyai madu lebah kerap kali dikatakan sebagai antara bahan yang terbaik dan berkesan. Tapi bagaimana pula dengan racun lebah dalam skincare?

Foto – Nature Republic

Penggunaan racun lebah dalam skincare secara tidak langsung beri manfaat yang luar biasa. Fungsi bahan ini adalah untuk tegangkan kulit yang kendur, sekatakan tona kulit wajah dan berkesan untuk penyembuhan jerawat.

Produk skincare saranan DIVA untuk kamu cuba: NATURE REPUBLIC BHA Bee Venom Toner.

Sarang Burung Walit

Selain bagus dimakan untuk kesihatan badan secara dalaman, sarang burung walit juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan tau!

Foto – Style Korean

Kandungan sarang burung ini dikatakan bagus untuk mereka yang mempunyai masalah bintik hitam, kedutan dan kulit kendur. Bila gunakan produk yang ada bahan ini, secara tidak langsung kulit kamu akan jadi lebih glowing, awet muda dan kulit lebih menegang.

Produk skincare saranan DIVA untuk kamu cuba: SNP Bird’s Nest Aqua Ampoule Mask.

Terkejut kan? Agak-agak kamu, produk yang mana satu yang kamu akan cuba?

Tags: cosrxinnisfreenature republicSkincare Korea
Share10SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    #DIVAKongsi Bahan ‘Pelik’ Dalam Skincare Korea Ini Ada Manfaatnya

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.