Jom #SupportLocal! Siapa kata produk penjagaan tempatan tak berkualiti dan bermutu tinggi?
Jika kamu ingin #SupportLocal, jenama penjagaan kulit buatan Malaysia ini adalah keperluan rutin baru kamu. Arena dunia kecantikan Malaysia telah meletup beberapa tahun kebelakangan ini, dan kerana hype telah membuka jalan untuk banyak nama baru muncul.
Kalam kamu ingin mencuba produk tempatan ini, daripada bahan-bahan semula jadi hingga yang diuji makmal, berikut ialah pilihan DIVA yang diakui keberkesanannya.
Truskin
Pengarah Dr. Adibah Abd. Bari berkata, produk yang dihasilkan perlu ada keunikan tersendiri dan kepercayaan pengguna. Nak cuba? Trio Skin Hydration mempunyai fungsi dua dalam satu sebagai toner dan essence yang mampu untuk meningkatkan aras kelembapan kulit.
Noir Health & Beauty
Diasaskan oleh Madammu aka Erica Baiduri yang memang obses dengan dunia kecantikan. Cukup aktif di media sosial, Noir tidak hanya tertumpu kepada produk penjagaan wajah, tetapi mempunyai koleksi mekap dan minuman tambahan untuk kekal cantik dan sihat.
Fazura Skincare
Tak perlu diperkenalkan lagi. Fazura Skincare merupakan milik pelakon cantik Nur Fazura teguh bertapak dalam dunia kecantikan tempatan. Fazura Skincare menggunakan formula bahan semula jadi yang berkualiti tinggi dan dijamin keberkesanan.
The Skin & Co
Nak kulit glowing macam pengasasnya, Noor Hayati Kamarzaman (Yatie Sendayu Tinggi), ini untuk kamu! Diformulakan dengan bahan premium dan berkualiti yang diuji secara klinikal dan diimport dari Kanada.
Kayman Beauty
Dekat media sosial, rami betul yang bagi feedbacks positif pada produk Kayman Beauty. Produk terlaris mereka Skintella Repairing Serum ini adalah serum yang diformulasikan dalam menenangkan dan membaiki kulit dari dalam.
Chuck’s
Diasaskan oleh ‘It Girl’ tempatan, Jane Chuck. Jenama ini telah menjadi tumpuan setiap beauty lover sejak dilancarkan. Walaupun produk mereka terhad, tetapi jangan lupa untuk cuba sendiri sheet mask, honey cream dan sunscreen yang ramai betul suka.
Alluskin
Ditubuhkan pada 2019 oleh Dr Nurul A’in binti Sa’ari (bekas doktor perubatan). Rata-rata pengguna mengesyorkan Alluskin Purifying Cleanser yang dikatakan berkesan untuk kulit berjerawat, sampaikan 90% bekas jerawat boleh hilang.
Antara produk tempatan di atas? Mana kamu pernah guna?