Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

“Gaun 700 Jam”- Britney Spears Pilih Versace Untuk Hari Perkahwinannya!

by Soph.Azz
June 13, 2022
Foto - @britneyspears (IG)

Foto - @britneyspears (IG)

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahniah!

Secara rasminya Britney Spears dan Sam Asghari telah menjadi suami isteri pada malam Khamis (9/6/2022) lalu di Los Angeles. Majlis perkahwinan yang berkonsepkan ‘intimate wedding’ ini diadakan di kediaman Britney. Menurut sumber, majlis hanya dihadiri oleh selebriti dan rakan rapat Britney sahaja.

Semasa majlis perkahwinannya, ratu pop ini tampil elegan dalam busana pengantin berona putih daripada Versace. Direka khas oleh Donatella Versace, Pengarah Kreatif ini telah hasilkan gaun pengantin yang menonjolkan aura elegan Britney.

Dedah Donatella, dia hasilkan gaun ini selama 700 jam dan menjahitnya menggunakan tangan.

Siluet Klasik Yang Ikonik 

Gaun pengantin bersiluet klasik ini diperincikan dengan plunging neckline serta potongan off shoulder. Manakal skirt gaunnya yang berbentuk V dengan belahan tinggi ini pula menambahkan lagi keseksian Britney.

View this post on Instagram

A post shared by Donatella Versace (@donatella_versace)

Bukan itu saja, bahagian belakang gaun ini ditambah dengan butang berbentuk mutiara serta veil yang panjangnya 3 meter. Pada bahagian tangannya, Britney telah mengenakan sepasang sarung tangan dalam fabrik tulle yang dihiasi dengan mutiara.

https://www.instagram.com/p/CepUVQOpaup/?hl=en

Di bahagian leher Britney pula, ratu pop ini telah mengenakan choker mutiara berwarna putih sebagai pelengkap gaya pengantinnya. Kasut tingginya pula diperbuat daripada material satin, ala-ala Cinderalla.

Choker dipilih sebagai aksesori kerana ia dikatakan membawa tanda era kegemilangan Britney sebagai ikon pop ketika tahun 90-an.

Seri pengantin Britney dinaikkan lagi dengan solekan daripada MUA Charlotte dan Sofia Tilbury. Solekan yang flawless itu diperincikan dengan solekan mata yang extra.

https://www.instagram.com/p/CephSGig6OP/?hl=en

Selain daripada gaun pengantin, Donatella Versace juga telah mereka tuksedo Sam Asghari dan beberapa pakaian after-party untuk Britney.

BACA:  Prada, Gucci & 6 Jenama Prestij Lain Lancar Fesyen Edisi Terhad Tahun Baru Cina
FILED UNDER britneyspearsgaun pengantin britney spearsversace
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.