Kita semua selalu menghadapi dilema seperti “Ah, dah takde baju lain nak pakai!”
Tapi sebenarnya kita banyak sahaja pilihan pakaian top dan bottom yang boleh diubah-suai. Cumanya masih belum arif lagi bab untuk mix and match.
Terutamanya bila fokus pada warna. Iyalah, boleh jadi malu bila salah padan warna. Alih-alih nampak seperti badut di parti pula.
IKLAN
Jika anda bijak bermain warna, anda bukan sahaja kelihatan lebih stailo malah anda juga dapat jimat wang ringgit.
Masih buntu tentang pemilihan kombinasi pakaian? Nah, DIVA ada taktik ringkas untuk anda dan paling mudah ia nampak mewah walaupun dengan pakaian lama.
Warna coklat bersama biru laut…
Warna ungu pastel dan merah hati…
Warna kuning mustard dan coklat gelap…
Warna hijau zamrud dan putih krim…
Warna oren dan biru gelap…
Warna merah jambu pastel dan coklat beige…
Rajinkan diri bereksperimen dengan warna, sebaiknya anda boleh mula dengan pakaian tanpa corak. Bila sudah berani baru tonjolkan sisi kreatif anda!
Selamat mencuba!