Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Tips Nak Buat Bilik Tidur Nampak Seperti Bilik Hotel Mewah

by Indah Aziz
June 12, 2022
Foto - TLC Interiors

Foto - TLC Interiors

84
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tempat privasi yang paling kita banyak manfaatkan untuk berehat, berhubung intim sama pasangan dan kadang-kala tempat pelbagai idea tercetus.

Bilik tidur juga boleh mencerminkan identiti seseorang disebalik dekorasi, pilihan warna cat dan aksesori yang tersedia.

Jika pembaca DIVA mencari-cari tips dan idea untuk dekorasi bilik tidur seperti bilik tidur hotel lima bintang. DIVA ada sediakan bingkisan ringkas untuk anda.

#1 Pilihan cadar

Foto – Amazon

Anda wajib tukar cadar yang lebih tebal, fabrik cotton, satin atau linen. Kalau anda betul-betul mahu ikut seperti gaya hotel, pilih cadar dari warna putih. Kemudian anda boleh mainkan warna atau corak pada selimut serta sarung bantal.

#2 Tambah sudut cermin

Foto – Pinterest

Perasan tak? Kalau di bilik hotel mewah pasti ada diletakkan sebuah cermin besar untuk tetamu. Ia sebenarnya mencipta ilusi bilik lebih nampak luas dan terang. Anda boleh gunakan tips ini dengan letak bingkai cermin bertentang dari cahaya matahari masuk ke dalam bilik.

#3 Bantal dan kusyen

Foto – Oprah Daily

Satu, dua bantal tak cukup sebenarnya. Anda kena tambah beberapa kusyen untuk upgrade bilik jadi lebih berkelas. Pastikan anda susun kusyen dan bantal dengan kemas serta warna-warna sarung bantal yang secocok.

IKLAN

#4 Bentuk tudung lampu

Foto – YLightings

Jika warna mentol lampu ada sudah sesuai dengan suasana bilik, jangan lupa dengan rekaan tudung lampu pula. Biasa ramai yang ambil mudah dengan gaya tudung lampu. Sebenarnya ia juga sebuah aksesori yang mampu menaikkan seri bilik.

#5 Karpet ringkas

Foto – The Ruggable Blog

Gunakan karpet yang bersaiz besar dan memiliki corak yang minimalis. Ia bukan sahaja membangkitkan mood bilik tidur tapi mampu mencipta rasa hangat dan selesa. Biar warna karpet sepadan dengan warna cat atau langsir.

#6 Jenis langsir 

Foto – Nadine Stay

Bila datang bab langsir sebenarnya ia perkara paling simple! Anda tak perlu langsir yang mahal pun untuk hasilkan aura kaya. Pilih sahaja langsir tanpa corak dengan warna gelap atau cerah seperti kelabu, putih, biru tua mengikut warna bilik anda. Selain itu, anda boleh lapiskan langsir kepada dua jenis, bahagian luar langsir nipis dan bahagian dalam pula lebih tebal dan berat.

Ambil masa untuk suai-padan segala barang dalam bilik anda, tidak perlu terburu-buru pun. Langkah demi langkah anda akan dapat suasana umpama bilik hotel mewah di dalam rumah anda sendiri.

Semoga berjaya!

Tags: bilik tidur aestheticbilik tidur mewahcara deko bilik tidur
Share34SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Tips Nak Buat Bilik Tidur Nampak Seperti Bilik Hotel Mewah

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.