Seharian dengan solekan sudah tentu kita mahu cara yang paling mudah untuk bersihkannya. Tak mahu banyak ragam dan peraturan, cukup sekadar mampu menghapuskan kesan maskara, gincu dan pembayang mata yang tebal.
Produk penanggal mekap paling terbaik ialah cleansing balm. Di mana ia berbentuk pejal lembut dan boleh dioles pada keseluruhan wajah.
Tidak sampai beberapa minit, ia cair dan terus menanggalkan kesan mekap yang degil. Seterusnya anda boleh bilas dan mencuci muka seperti biasa.
Apa yang paling DIVA suka sekali tentang cleansing balm. Ia mudah dibawa kemana sahaja, tidak tumpah dan tahan lama.
Suka DIVA kongsikan beberapa cleansing balm yang terbaik untuk anda.
#1 The Body Shop Camomile Sumptuous Cleansing Butter 90ml [RM81]
Siapa yang berkulit sensitif, DIVA syorkan cleansing balm dari TBS ini. Ia diperkaya dengan ekstra Camomile yang boleh menenangkan iritasi kulit. Malah untuk menanggalkan solekan mata, anda tidak perlu membuang kanta lekap.
IKLAN
#2 Farmacy Green Clean Makeup Meltaway Cleansing Balm 100ml [RM158]
Bukan sekadar membersihkan mekap, tapi siap beri efek glowing lagi pada kulit! Cleansing balm dari Farmacy ini menggunakan sumber semulajadi seperti minyak bunga matahari, minyak akar halia, ekstra buah betik dan pebagai lagi. Ini memastikan kulit kekal sihat dan segar selepas mencuci.
#3 Clinique Take The Day Off Cleansing Balm 125ml [RM162]
Antara penanggal mekap kegemaran ramai! Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan ia bebas dari segala pewangi serta bebas paraben. Ia mampu menanggalkan apa jua solekan dan kesan sunscreen. Ditambah vitamin E sebagai kunci menghidrat kulit dan melegakan jika ada sebarang keradangan kulit.
#4 Then I Meet You Living Cleansing Balm 90ml [RM215]
Pernah dinobatkan produk kecantikan terbaik oleh Allure pada tahun 2019. Gabungan bahan unik menjadikan ia cleansing balm yang bukan sahaja membersih segala kotoran malah meningkatkan kesuburan kulit. Kulit dimanfaatkan dengan vitamin E, fatty acids dan antioksida.
#5 Dior Prestige Le Baume Demaquillant 150ml [RM380]
Setanding dengan namanya, ‘prestige’ cleansing balm mewah Dior diformulasi nutrisi mikro dari Rose de Granville. Kulit terasa lebih lembut, tidak kering dan sihat setiap cucian mekap.
Selamat mencuba!