Dari perkongsian DIVA sebelum ini, It Girl sinonim dengan gadis sosialit yang berpengetahuan dalam dunia fesyen, kecantikan serta sentiasa menjadi cetusan ilham dalam gaya hidup semasa.
Kalau dulu gadis lahir dengan sudu emas layak digelar It Girl, namun kini tidak lagi. Apabila media sosial seolah-olah tiada sempadan pada bakat dan idea fesyen yang boleh menjadikan sesiapa sahaja sebagai It Girl.
Jika dulu anda tiada misi atau stail untuk berfesyen, apa kata anda tiru gaya It Girl yang cukup ringkas tapi amat mementingkan kualiti estetika fesyen.
Jadi apa yang perlu almari anda anda untuk keluar membawa watak It Girl?
Rona brown-beige jadi pujaan
Biarpun warna rasmi tahun 2022 iaitu ungu ‘Veri Peri’ tapi pilihan pakaian dan aksesori dari variasi warna coklat, perang sehingga soft beige wajib ada.
Semuanya kena saiz mini!
Samada dari t-shirt, beg tangan atau skirt semuanya dalam saiz mini atau mengikut potongan badan.
Berani menyarung boots
It Girl sentiasa kelihatan luar biasa walaupun simple, cuma sarung boots terus tampak cool sangat!
Tak takut bermain kombinasi warna
Mata mereka cukup bijak mengatur padanan warna top and bottom. Jadi pastikan anda punya warna helaian pakaian yang senang untuk dicampur-aduk.
Aksesori tidak keterlaluan
Anda tak perlu khuatir bab aksesori, It Girl hanya tampil bersederhana dengan pilihan seperti beg tangan, kaca mata atau hanya seutas jam tangan.
Senang bukan? Pendek kata fesyen It Girl amat mementingkan kualiti, warna, potongan, jenama dan penampilan yang ringkas. Tak perlu pun hendak kelihatan ekstravaganza sebab mereka pegang teguh kepada less is more.
Mula journey kamu sebagai It Girl sekarang!