Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

5 Kasut Jenama Mahal Ini Selesa Dipakai & Langsung Tak Sakit Kaki

by Soph.Azz
June 9, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

409
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sejujurnya wanita yang memakai sepasang kasut tinggi akan nampak lebih menarik dan bergaya. Tapi kalau terkial-kial dalam kesakitan selepas pakai kasut tinggi, memang tak akan nampak menariklah.

Dan nak cari kasut tinggi yang selesa serta tak menyakitkan kaki sebenarnya tak mudah. Kamu perlu sentiasa try and error sehingga menjumpai kasut tinggi yang sesuai dengan kamu.

Jadi bagi memudahkan dan beri peluang untuk kamu bergaya dengan kasut tinggi, DIVA kongsikan beberapa kasut tinggi daripada jenama mahal ini. Kasut tingginya sangat sedap dipakai, selesa dan paling penting kaki langsung tak sakit!

Psst… Kasut tinggi berikut dikhabarkan sangat selesa untuk kamu pakai semasa lakukan aktiviti; bersiar-siar, bercuti, membeli-belah, hadiri majlis atau menari sepanjang malam!

JIMMY CHOO Esther Pumps [RM3053.80]

Kadang-kadang ada wanita yang mahu nampak seksi dengan ilusi kaki yang lebih panjang. Jadi sebab itulah DIVA nak syorkan untuk kamu cuba kasut tinggi daripada Jimmy Choo.

Foto – Far Fetch

Ini kerana kasut tinggi Jimmy Choo terkenal dengan keselesaan yang maksima kerana dibuat dengan tangan di Itali menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.

CHRISTIAN LOUBOUTIN Kate 85 Patent Leather Pumps [RM3600]

Nampak macam menyakitkan kaki sebenarnya tidak. Pandangan kamu terhadap kasut tinggi ini pasti berubah kerana keselesaannya tidak boleh digambarkan.

IKLAN

Foto – Christian Louboutin

Dengan menggunakan kulit suede baldu, bertumit 3 inci dengan finishing pointed toe, kamu patut melabur sedikit untuk membeli kasut tinggi klasik yang selesa ini.

PRADA Classic Pointed Pumps [RM3770.05]

Foto – Far Fetch

Bukan sahaja popular disebabkan oleh rupanya, malah keselesaannya juga menjadi topik bualan ramai. Kasut tinggi Prada ini jadi pilihan kerana menggunakan alas kaki berkusyen yang beri tahap keselesaan yang tinggi. Selain itu bahagian atas kasut ini dan lapiknya pula diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi.

MANOLO BLAHNIK Hangisi [RM6090]

Foto – Manolo Blahnik

Berdasarkan perkongsian ramai wanita, kasut tinggi jenama ini adalah kasut yang sempurna. Dengan ketinggiannya yang tidak terlalu tinggi dan rendah, kasut tinggi akan membentuk mengikut kaki si pemakai untuk beri keselesaan dan elak kesakitan untuk jangka masa yang lama.

BOTTEGA VENETA Lido Sandals [RM6591]

Ada yang katakan mereka memakai sandal ini untuk  berjalan sepanjang hari.

Foto – Bottega Veneta

Ramai yang syorkan untuk cuba sandal daripada Bottega. Dengan ketinggian tumit 3.5 inci, sandal ini diperbuat dengan kulit Nappa dengan tekstur khas quilting dan juga jalinan yang beri keselesaan dan tidak membuat kaki jadi cramp.

Selamat mencuba!

Tags: bottega venetachristian louboutinjimmy chooManolo BlahnikPrada
Share164SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    5 Kasut Jenama Mahal Ini Selesa Dipakai & Langsung Tak Sakit Kaki

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.