Bukan satu rahsia lagi mentega mampu memberikan complexion yang lembut dan licin. Disebabkan itu, kita lihat banyak orang mengamalkan losyen shea butter.
Kini, jenama eksklusif Drunk Elephant menemui inovasi menggunakan mentega untuk produk baru mereka.
Drunk Elephant telah menawan keajaiban mentega yang kaya, lembut dan berkrim dalam WonderWild Miracle Butter. Balm yang menyelamat dan menenangkan kulit kering, pecah-pecah, jengkel atau terjejas.
- Foto – Drunk Elephant
Bukan biasa-biasa, kamu boleh menggunakan balm pada kulit yang terjejas, seperti sunburn, bibir mengelupas, siku kasar, tumit merekah, luka, lepuh, kerengsaan pada kulit dan kulit kepala, selepas waxing, tweezing serta banyak lagi.
Pada saat-saat kulit memerlukan penjagaan tambahan, balm hebat ini datang untuk menyelamatkan kamu!.
IKLAN
Apa yang Drunk Elephant letak dalam formula ini?
Dikemas dengan mentega tumbuhan seperti marula, cupuaçu, mangga dan shea. Turut ada minyak tumbuhan yang kaya dengan antioksidan dan asid lemak (meadowfoam, labu, biji teh hijau, kukui dan rosehip).
Tambahan lipid penting untuk menyuburkan dan mengukuhkan penghalang kulit yang terjejas, menyokong kebolehan penyembuhan semula jadi kulit dan mengembalikan kulit kepada keadaan paling sihat.
- Foto – Drunk Elephant
Dicipta untuk pembaikan dan perlindungan tambahan, Wonderwild Miracle Butter boleh digunakan di mana-mana saja kawasan yang mempunyai kulit, termasuk kulit kepala, kawasan mata dan bibir, seberapa kerap kamu mahu.
Drunk Elephant Wonderwild Miracle Butter dijual pada harga RM160. Ia boleh didapati secara eksklusif di sephora.my dan kedai Sephora terpilih mulai 16 Jun.