Ada tak pengguna setia wangian GUCCI di sini? DIVA bawakan berita baik untuk kamu!
Jenama mewah Itali iaitu GUCCI telah memperkenalkan dua wangian terbarunya untuk koleksi wangian eksklusif, The Alchemist’s Garden.
Diberi nama Love At Your Darkest dan Tears From The Moon, wangian eaux de parfum tanpa jantina ini mewakili dua simbol haiwan; pepatung dan burung helang yang dipaparkan di botol kaca putih dalam ukiran emas.
Koleksi The Alchemist’s Garden ini diilhamkan oleh seni alkimia di mana setiap bauan dibina dengan ramuan dan kod rahsia. Kemudian ia dirumus untuk dilapisi bersama bagi mencipta gabungan yang unik dan lebih peribadi.
Love At Your Darkest EDP
Nota Wangian: Lada Hitam, Incense, Kayu Cedar
Nota utama wangian yang memikat ini adalah kepedasan kering daripada Lada Hitam yang berkayu dan ‘hangat’. Ciri-ciri pelbagai rupanya didedahkan melalui Incense iaitu nota manis balsamic yang membungkus kekayaan sensualnya. Manakala Kayu Cedar pula menjadi tambahan pada bauan yang lembut dan kering.
IKLAN
(** DIVA syorkan untuk kamu padukan Love At Your Darkest EDP dengan wangian Fading Autumn untuk bauan kayu pekat dan lebih berkrim.)
Tears From The Moon EDP
Nota Wangian: Lily of the Valley, White Peony, Stephanotis
Wangian floral yang diperkayakan dengan embunan hijau Lily, White Peony dan Stephanotis ini membuka rahsia sejambak bunga yang elegan. Dengan keputihan yang sensual dengan kilauan bunga serta buah-buahan, ia bawakan nota-nota haruman itu seperti sejambak bunga segar yang baru dipetik.
(** Padukan Tears From The Moon dengan minyak Ode on Melancholy untuk bauan kemasan kayu yang bertenaga, lembut dan halus.)
Dapatkan dua wangian terbaru ini di GUCCI Beauty KLCC Store dan GUCCI Beauty Boutique Mid Valley Megamall pada harga RM1587/100ml sebotol.